Tuesday, April 03, 2018

Damailah Ustaz Zabadin


Petang tadi Al-Fadhil Ustaz Zabadin@Zabudin telah kembali ke Rahmatullah. Beliau merupakan tenaga pengkuliah Maghrib di Masjid Daerah Lipis sejak sekian lama. 
Semasa hayatnya beliau sangat konsisten hadir menyampaikan kuliah walaupun jarak dari kampungnya ke bandar Lipis agak jauh.
Diceritakan, dahulunya datang berkuliah hanya menaiki motorsikal honda sebelum menaiki kereta terpakai yang sudah berusia.

Ada masanya beliau tidak dapat hadir berkuliah, pasti beliau akan menelefon saya memaklumkan keuzurannya. Itupun disebabkan hujan yang terlampau lebat dan pokok tumbang menghalang laluannya keluar dari kampung. 
Bukannya alasan lain seperti pergi bercuti, menunaikan umrah, terlupa dan lain-lain.

Semasa mudanya, Beliau pernah berkelana dan bekerja di Mekah. Kadangkala dalam kuliahnya ada diselitkan pengalaman tersebut.
Pernah beberapa kali, saya kebetulan singgah solat maghrib di surau/masjid yang berbetulan merupakan hari beliau berkuliah di situ. Saya disuanya menjadi imam, walaupun saya tidak 'berpakaian imam seperti berjubah, berkain sarung' ketika itu. Hanya bertshirt dan berseluar slack. Pelik orang kampung tengok "ntah sape" yang naik jadi imam.
Dua minggu sudah, isteri beliau call saya memaklumkan yang Ustaz Zabadin demam dan tidak dapat hadir berkuliah. Seminggu kemudian beliau dimasukkan ke hospital. Dan petang tadi, selamat kembali menemui Sang Pencipta. Damailah ustaz Zabadin. 


No comments: