Thursday, February 08, 2018

Ragam yang pelbagai di masjid

Keunikan menjadi pegawai masjid ialah selalu dapat bertemu dengan manusia-manusia pelik.  Jarang sektor pekerjaan lain mempunyai pelanggan yang beraneka ragam.
Cuma biasanya skripnya sama sahaja. Meminta bantuan kewangan.
Terlalu banyak rasanya pengalaman tersebut. Menarik juga kalau saya mencadangkan geng-geng staf masjid buat buku kompilasi gabungan pengalaman-pengalaman tersebut.

Pagi tadi saya bertemu dengan seorang pemuda yang katanya nak melarikan diri ke Selatan Thailand. Ceritanya berkait dengan pembunuhan. Tetapi tidak membuat laporan polis. Ada lah alasan-alasannya. Huhu.
Beliau meminta jika ada sumbangan untuk musafir sepertinya.

Minggu lepas, ada seorang ibu bersama dengan beberapa orang anaknya transit di masjid kami. Anaknya seharian tak makan. Cerita anaknya sebelum itu mereka bergelandangan di kaki lima kedai sebelum sampai ke masjid. Cerita ibu, dia disihir. Fuh..

Ingat senang ke berdepan secara realiti dengan pelbagai ragam manusia ?
Sangat berbeza dengan hanya berceramah dan memberi seminar ‘kaedah berhadapan dengan pelanggan’. Saya rasa sang  penceramah belum tentu  ada pengalaman sebegini.

Jika ingin mendengar cerita-cerita pengalaman menarik. Bolehlah kalian ajak pegawai-pegawai masjid mengeteh. Dah macam kisah 1001 malam Arabian night.


#PermaiMenulis #CatatanImamKecil #masjid #1001 #capen

No comments: