Sunday, December 03, 2017

Bulan Penuh

Sambil memandu melihat bulan yang indah. 
Berhenti sebentar di tepi jalan untuk menangkap  gambar.
Cuma amatur sahaja.

Indahnya bulan. Sering pujangga bermadah menggunakan pengibaratan bulan. Para sahabat Rasulullah SAW juga mendatangkan contoh bulan dalam mengaitkan dengan wajah Rasulullah SAW.

Antaranya riwayat Jabir bin Samurah RA (Jabir dan ayahnya adalah sahabat Rasulullah SAW) :

"Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Menurutku ; Baginda lebih indah daripada bulan purnama" (Tirmizi)

Abu Ishaq (tabien) berkata : Ada seorang lelaki bertanya kepa al-Bara' bin Azib, Adakah wajah Rasulullah SAW seperti pedang ? Al-Bara' menjawab : Tidak, wajah Baginda seperti rembulan." (Bukhari)

Gambar di kampung Temin, Jerantut. Dirakamkan pada 3 Disember 2017. Jam 7.17 malam.












Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

No comments: