Friday, December 08, 2017

Bintang Yahudi

Ketika saya bersekolah rendah, saya tidak reti melukis gambar bintang. (rujuk gambar 1).




Lalu saya lukis gambar bintang yang bagi saya lebih mudah. (rujuk gambar 2).
Ayah saya menegur gambar bintang yang bagi saya lebih mudah untuk dilukis itu. Lalu saya diajar sehingga pandai untuk melukis gambar bintang (seperti dalam gambar 1).
Rupanya gambar bintang yang saya lukis itu ada kaitan dengan simbol negara haram Zionis.
Zionis yang terdiri daripada kaum Yahudi menamakan negara haram mereka Israel.
Jika kita buka di pasport negara Malaysia. Ada dinyatakan yang kita boleh memasuki ke semua negara melainkan Israel. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf dan meletakkan kedutaan di sana.
Kini mereka bersama sekutunya Amerika semakin mengganas.
Apakah sikap kita ?

#AlQuds4Palestine
#PermaiMenulis

No comments: