Thursday, June 22, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 31) Menunggu Jibril turun part 2

Kisah Ramadan (KIRAM 31) Menunggu Jibril turun part 2

Syeikh Jibril seorang imam terkenal dari Mesir. Sebelum ini saya tak pernah kenal dan perasan akan beliau. Iye lah ketika itu mana ada lagi dunia google dan Youtube ni. Emel pun saya tak de.

Sehinggalah Syeikh datang menjadi imam terawih jemputan untuk satu malam  di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Barulah saya bersua dan mula mengenal akan style bacaan beliau.

Petang itu, Kami pelajar Maahad Tahfiz (ketika itu digelar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri Pahang, Kini Maahad Tahfiz Negeri Pahang) menunggu ketibaan Syeikh di lapangan terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan bersama dengan Pengetua Maahad Tahfiz merangkap Imam Besar Masjid Negeri dan Pengurus Besar Yayasan Pahang.

Akhirnya Syeikh Jibril tiba bersama pesawat yang membawa beliau turun mendarat di lapangan terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan. Kami berbaris menunggu syeikh dengan perasaan teruja.

Akhirnya saya nampak kelibat Syeikh. Bukan berjubah dan berserban seperti sangkaan orang kita  bila mengimejkan tok imam dan para ulama. Syeikh smart berpakaian kemeja siap bertali leher tersenyum bersalaman dengan kami. Puas hati saya dapat bersalaman dan bersua dengan Syeikh Jibril.

Iftar pada hari tersebut juga istimewa. Saya dan rakan berbuka puasa di Istana Abdulaziz Kuantan (Kediaman KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang). Syeikh Jibril juga berbuka puasa di Istana bersama dengan KDYTM Tengku Mahkota.
Selesai berbuka kami bersolat maghrib di istana yang diimamkan oleh Syeikh Jibril. Itulah kali pertama saya menjadi makmum kepada syeikh Jibril dan  orang arab.
Kemudian kami ke Masjid Negeri untuk bersolat terawih yang diimamkan oleh Syeikh Jibril. Solat terawih 8 rakaat sahaja, tapi panjangnya dah sama macam hari biasa yang buat 20 rakaat. Siap dengan sujud tilawah lagi. Time Qunut masa witir, first time juga saya berqunut panjang.
Selesai berterawih kami mengambil kesempatan bergambar lagi bersama Syeikh Jibril.
Begitulah secebis pengalaman manis, bersua dengan Syeikh Jibril.

Kalian juga sudah tentu ada pengalaman bersua dengan orang-orang hebat. Sudah tentu perasaannya sangat berlainan..kan.

Sama lah juganya dengan kita bersua dengan bulan yang hebat iaitu Ramadan. Kita juga mencari malam yang hebat yakni malam al-Qadar. Sudah tentu perasaanya juga berlaianan.

#PermaiMenulis
#syeikhjibril
#ramadan
#kiram
#seputarmemorisilam

Gambar lama zaman filem kodak, kamera sendiri takde lagi.

Menyambut ketibaan Syeikh Jibril di lapangan terbang

 Kenangan selepas solat sunat terawih di Masjid Negeri bersama Syeikh Jibril




No comments: