Wednesday, April 19, 2017

Warna Warni Konpip

Alhamdulillah program Konpip sudah kali yang ke 15. Maksudnya dah 15 tahun usianya. Walaupun bertukar tahun namun saya masih berbaju sama..huhu. Semoga program ini semakin berkembang insya-Allah.

Konpip tahun 2013 di SMA Pelangai

 Konpip tahun 2014 di SMA Al-Ihsan

Konpip tahun 2015 di Maahad Sas Jengka


Konpip tahun 2016 di SMA Dong

Konpip kali ke 15 tahun 2017 di SMA Maran

#konpip
#PermaiDiHati

Saturday, April 08, 2017

Teks Bacaan Doa Karnival Masakan Tradisional Lipis 2017



بسم  الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين ، والعاقبة للمتقين، ولا عدوان الا على الظالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وخاتم النبيين وعلى اله واصحابه اجمعين .

Di majlis yang mulia ini, kami merafa’kan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, Tuhan Pencipta Alam ,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami, dapat kami berkumpul di Dataran Orang Kaya Haji untuk menjayakan Majlis Perasmian Karnival Masakan Tradisional Lipis 2017 yang dirasmikan oleh : Yang Berhormat, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.



Kami memohon pada–Mu Ya Allah, agar kami semua, menjadi warga yang sihat sejahtera dan mendapat rahmat dari-Mu sepanjang masa.  Dengan  rahmat-Mu  Ya  Allah,  Engkau  peliharalah tradisi  warisan kami turun temurun,  yang sangat bernilai  dari hilang dan hanya menjadi kenangan dan catatan sejarah.



اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحومما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai  perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami sebagai perpisahan yang terpelihara dari sebarang bala bencana dan kemaksiatan.

ربنا اتنا في الدنيا حسنة، وفي الاخرة حسنة، وقنا عذاب النار. وصلى الله على سيدنا محمد، وعلى اله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.

Monday, April 03, 2017

Ustaz ada laptop?


Ustaz ada laptop? Berulang kali soalan itu ditanya kepada saya.
Saya hanya membalas dengan anggukan kepala. Rasanya tak perlu untuk saya syarah panjang kepada si penanya. Saya faham dari maksud si penanya yang menyangka saya (baca digelar Ustaz @ Imam kampong) yang buta it.

Pada kesempatan ini ingin saya kisahkan sedikit kehidupan saya bersama alam komputer. Sekadar bercerita dan rujukan buat kenangan saya di masa hadapan.

Saya mula dekat dengan komputer ketika ayah saya membeli sebuah PC (Personal Computer) sekitar tahun 1992-1993. Saya masih ingat game yang popular ketika itu Prince of Persia (rujuk : https://youtu.be/_zyQ_OVyhNE ). Antara perisian yang ada Profesional Write (PW) dan Lotus 123. Disket yang digunakan bersaiz besar dan tiada lagi pemacu CD.

Game Prince Of Persia yang popular ketika tahun 90an

Saya mula mengikuti kelas komputer ketika tingkatan 1 dan 2 di SMA Al-Khairiah. Memang pelajar tingkatan 1 dan 2 wajib mengikuti kelas tersebut. Semasa tingkatan 1 silibusnya Profesional Write (PW) dan tingkatan 2 Lotus 123. Ketika itu Sekolah kami masih menggunakan komputer lama, hanya terdapat  sebuah dua komputer baru yang ada windows 3.1 . Hujung tahun semasa di tingkatan 2  barulah sekolah mempunyai beberapa unit komputer yang mempunyai Windows 95 (windows terbaru ketika itu) . Komputer tersebut diletakkan di bilik IT (saya dah lupa namanya yang khas). Ketika itu hanya  pelajar tingkatan 6 yang menguasai bilik IT tersebut. Kami yang kecil-kecil hanya melihat dengan berdiri di belakang meraka. Huhu.

Ketika itu, ayah saya telah membeli sebuah  komputer yang menggunakan Windows 95. Komputer tersebut ada tempat untuk memainkan CD, cuma internet belum ada lagi. Game solitaire sangat popular.

Fasa berikutnya menceritakan saya mula memiliki komputer sendiri..yeah..

Kurang dari 4 bulan ketika saya tiba di Mesir saya telah membeli sebuah komputer terpakai dari senior yang dijualnya dengan harga  $200 Dollar. Ketika itu menggunakan perisian Windows XP. Tak sampai setahun, saya menjual komputer tersebut kepada rakan yang lain dengan harga $150 Dolar. Saya pula telah membeli komputer yang lain. Style ketika itu beli komponen di kedai-kedai yang berlainan setelah servey kedai mana yang jual paling murah. Motherboard kedai lain, ram kedai lain, processor kedai lain, begitulah.. balik rumah pasang sendiri. Ketika di Mesir juga saya pernah menggunakan processor jenama Intel Celeron, Pentium 4, dan akhirnya berhijrah ke AMD.
Ketika tahun akhir saya telah membeli laptop pertama saya, beli di Madinah Nasr. Jenama Fujitsu Siemens, intel core 2 duo paling latest ketika itu.
Ketika di Malaysia, laptop tersebut mengalami kerosakan. Saya dimaklumkan oleh yang pakar dalam bidang tersebut (kedai jual dan baiki komputer) untuk baiki  jenama tersebut kena oder dari Singapura dan kosnya tinggi. Maksudnya tak berbaloi untuk dibaiki. Jadi jasad laptop tersebut saya simpan je di rumah. Tak lama selepas itu, saya bagi laptop tersebut kepada sahabat saya di Terengganu yang juga menggunakan jenama yang sama untuk diambil mana-mana aksesori dan komponen yang masih elok.

Seterusnya saya memakai netbook (laptop kecil) jenama Lenovo. Saya minta sahabat saya Ustaz Zainuddin carikan sebuah laptop yang bersaiz kecil dan ringan kerana sebelum ini laptop Fujitsu saya agak berat. Harga ketika itu masih mahal jika hendak dibandingkan dengan sekarang. Boleh dikatakan saya antara generasi awal yang menggunakan Netbook kerana bila pergi ke mana-mana orang akan tertarik dengan Netbook saya. Kebanyakannya tertarik dengan saiznya dan tidak pernah jumpa selain saya yang menggunakannya. Ketika menggunakan Netbook tersebut, saya pernah menukar papan kekunci dan screen kerana mengalami kerosakan. Setelah beberapa tahun menggunakannya akhirnya Netbook tersebut rosak teruk, orang di kedai servis kata tak berbaloi untuk baiki dan disyorkan untuk saya membeli yang baru.

Selepas itu saya memilih  laptop jenama Macbook Air yang bersaiz nipis dan jika dipikul masih ringan. Pernah mengalami kerosakan motherboard akibat secawan air kopi tumpah di atas keyboard dan saya telah menggantikannya. Kini saya telah menggunakannya selama 5 tahun.

Begitulah secebis kisah saya bersama komputer dan laptop sebagai jawapan kepada soalan Ustaz ada laptop? 

 Sedang menulis/menaip Ustaz Ada Laptop?

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#SalamKu
#seputarmemorisilam
#macbook
#lenovo
#fujitsu