Friday, September 22, 2017

Lelaki tua dari An-Najd

Nota Hijrah 1


Firman Allah SWT :  

وإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ (30)

Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya. (Al-Anfal : 30)

Sempena menyambut tahun baru hijrah 1439, beberapa catatan yang berkaitan sebagai ulangkaji kita bersama.

‘Orang-orang besar’ di Mekah telah mengadakan pertemuan di Darun Nadwah. Pertemuan ini turut disertai oleh Iblis yang menyamar sebagai lelaki tua dari Najd.

Lokasi Darun Nadwah 

Pertemuan tersebut yang tiada ketua, didominasi oleh iblis yang menyamar, dan akhirnya seolah-olah iblis yang menjadi ketua pemutus dalam pertemuan tersebut.

Beberapa cadangan telah dikemukakan.
Ada yang mencadangkan supaya Nabi SAW diikat, dikurung dan dibiarkan sehingga mati sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada penyair mereka.
Cadangan ini dibantah oleh Iblis. Katanya “para sahabatnya akan membebaskannya dan kelak mereka pula yang mengusir kamu”.

Cadangan berikutnya supaya Nabi SAW dihalau keluar dari Mekah.
Iblis membantah dengan katanya “ Bukankah dia (Nabi SAW) lidahnya fasih, suaranya dapat mengetuk hati orang yang mendengarnya. Nanti akhirnya seluruh orang arab akan mengikutinya. Mereka nanti akan datang menyerang dan menghalau kalian.

Cadangan terakhir yang dipersetujui oleh Iblis ialah pilih seorang pemuda dari setiap kabilah, serang dan bunuh serentak. Kabilah Bani Hasyim tidak mampu untuk membalas dendam dengan semua kabilah.

Akhirnya pertemuan tersebut selesai setelah mendapat kata putus tersebut.

Antara Ibrahnya :

1. Setiap kumpulan / mesyuarat mesti ada ketua. Jika tidak syaitan akan menjadi ketua.
Sehinggakan untuk keluar  bermusafir pun perlu melantik ketua.

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدِ الْخّدْرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ :
 قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :إِذَا خَرَجَ ثَلاَثَةٌ فِيْ سَفَرٍ فَلْيُؤَمَّرُوْا أَحَدَهُمْ .

Maksudnya : Daripada Abu Said RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Apabila tiga (orang Islam) keluar dalam satu perjalanan maka hendaklah mereka melantik seorang dari mereka menjadi ketua”. 
(Hadis riwayat : Abu Daud)

2. Iblis sentiasa berusaha untuk melemahkan Islam. 
Seriusnya Iblis sehingga pertemuan di  Darun Nadwah Iblis sendiri turun padang menyamar menjadi lelaki tua.
Zaman kini, Iblis tidak perlu sampai tahap menyamar. Cukup baginya membisikkan hasutan ke dalam hati manusia.
Maka kita perlu sentiasa berdoa agar dijauhkan dari bisikan syaitan.

Firman Allah :




                                        .قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
                                              .مَلِكِ النَّاسِ
                                                .إِلَٰهِ النَّاسِ
                                      .مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
                                  .الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
                                        .مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
.1








"Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan [yang memelihara dan menguasai] manusia. (1) 
Raja manusia. (2) 
Sembahan manusia. (3) 
Dari kejahatan [bisikan] syaitan yang biasa bersembunyi, (4) 
Yang membisikkan [kejahatan] ke dalam dada manusia. (5) 
Dari [golongan] jin dan manusia. (6)" 
(An-Nas 1-6).

Selamat Tahun Baru kepada semua

#PermaiMenulis
#maalhijrah
#notahijrah
#1439 


Wednesday, September 20, 2017

Kami, Mereka dan Tahfiz


Tragedi kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tempohari banyak perkara yang dapat kita saksikan dan pelajari.
Ada pihak yang membantu dan menawarkan bantuan tanpa banyak soal. Ada yang memberi cadangan penambahbaikan. Bahkan ada juga yang menghentam.

Bagi yang menghentam timbul saranan seperti  zaman sekarang tak perlu ada Maahad Tahfiz. Perlu tutup Maahad Tahfiz. Tempat melahirkan pelampau dan pelbagai lagi.

Sedangkan Maahad Tahfiz menjadikan  Al-Quran sebagai teras pendidikannya. Di mana-mana Maahad Tahfiz, para pelajar akan belajar membaca al-Quran, Menghafal al-Quran dan memahami isi kandungan al-Quran.

Al-Quran merupakan kitab suci yang wajib kita beriman dengannya. Mana mungkin dikatakan percaya jika tidak mempelajarinya, tidak mendalaminya dan tidak memahaminya.

Adakah boleh disebut percaya?  sedangkan saranan, pedoman, panduan dan arahan yang terkandung dalam al-Quran ditolak.

Sabda Rasulullah SAW : خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.” (Bukhari)

Selaku orang yang beriman, kita percaya firman Allah SWT yang terkandung dalam al-Quran :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahayaNya, walau orang-orang kafir membencinya. (Al- Saff [61] : 7-8)

Firman Allah SWT :

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ  
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (Al -Taubah [9] : 32)

Insya-Allah, kita yakin dan percaya masa depan Institusi Tahfiz di negara kita akan semakin gemilang.

Alhamdulillah, kelas hafazan di Masjid kami berjalan seadanya setiap minggu. Saya percaya aura maahad tahfiz meresap di dalam sanubari peserta kelas hafazan ini.
Walaupun dahulunya tidak berpeluang menimba di Maahad Tahfiz, namun tiada yang mustahil untuk mempelajari dan menghafal al-Quran.

Antara peserta kelas hafazan petang tadi di masjid kami. Semoga Istiqamah.


#PermaiMengaji
#PermaiMenulis
#tahfiz
#welovealquran


Monday, September 18, 2017

Guna Pensil ketika mengaji



Tips Mengaji.

Kami syorkan, semasa bertalaqi, kita ada pensel. Fungsinya, apabila guru membuat teguran di sekian-sekian tempat. Kita tandakan tempat kesalahan tersebut dengan pensel. 
Kerana 'tanda' tersebut dapat memberi ingatan dan rujukan untuk masa akan datang.
Kami perhatikan kebanyakan para pembaca sering mengulang-ulang kesilapan yang sama.
Selain itu, pensel tersebut boleh dijadikan penunjuk.

#PermaiMengaji
#PermaiMenulis

Sunday, September 17, 2017

Kerja Malam

Normalnya hari malam kita akan merasa mengantuk. Walaupun dalam keadaan berjaga seperti memandu, tetap tak dapat lari dari menguap.
Tetapi ada yang perlu bertahan demi menjalankan pekerjaannya. 

Seperti kiosk yang beroperasi 24 jam, pam minyak, pengawal keselamatan, polis, nurse, bomba, driver bas dll.

Jika kita perhalusi dengan teliti. Mungkin beratus-ratus mahu pun sehingga ribuan bidang pekerjaan yang melibatkan pada hari malam.
Termasuk juga mereka yang terlibat dengan aktiviti jenayah. Waktu malam merupakan sasaran utama untuk melaksanakan jenayah mereka.

Isu tragis yang masih lagi panas. Kebakaran di pusat tahfiz. Macam-macam andaian dibuat. Ada yang menyalahkan, ada yang memberi cadangan, ada yang hendak menyekat perkembangannya. Dan macam-macam lagi.

Hari ini, pihak Polis telah membuat pendedahan 
berkenaan suspek yang menjadi dalang kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat.

Kesemua suspek masih sangat muda. Tetapi tidak bersekolah? 
Di era kemajuan, tambahan di ibu kota bukannya di pedalaman. Masih kedapatan mereka yang keciciran di alam persekolahan. 

Maka, semua pihak jangan saling menyalahkan. Masing-masing kena memikirkan pendekatan, kaedah dan strategi bagi menangani kes seperti ini.
Pokok yang paling utama. Jangan lupakan tuhan. Ikuti petunjuk Al-Quran dan hadis, Insya-Allah selamat.

#malam

Sunday, September 10, 2017

Jamuan makan Robin Hood

Kali ini saya nak petik kisah Robin Hood. Saya percaya kita semua maklum watak Robin Hood. Bukan sahaja orang dewasa bahkan Robin Hood lebih hangat berlegar di kalangan kanak-kanak. Saya mula membaca kisahnya semenjak sekolah rendah.

Walaupun Robin Hood  terkenal sebagai pemberontak, namun ada juga kisah-kisah teladan yang boleh kita jadikan pedoman.

Robin hood bersama rakannya tinggal di hutan. Mereka disenangi oleh orang-orang miskin. Selalu mereka menjemput orang miskin hadir ke jamuan makan mereka.

Team Robin Hood biasanya berburu di hutan simpanan raja. Hasil buruan tersebut  seperti rusa akan dijadikan juadah untuk majlis jamuan mereka yang meriah.

Suatu ketika Robin Hood berpeluang menjamu makan Sherif (mungkin YB/Penghulu/ Menteri Besar) makan di tempatnya. Lucunya ketika majlis yang berlangsung di hutan. Juadahnya daging rusa kepunyaan raja. Tukang masak pula merupakan chef kegemarannya yang pernah berkhidmat di kediamannya. Manakala hidangan tersebut diletakkan di atas pinggan perak yang dicuri dari kediamannya.haha.

Dalam Islam, besar ganjaran mereka yang suka belanja (menjamu) orang makan.

Dengar petikan kuliah Ustaz azhar : 



Ada siapa-siapa nak belanja saya makan. Jangan segan nak PM. Huhu.

Ps : Siapa tahu, Di Malaysia pun pernah ada watak yang disebut sebagai Robin Hood moden.


Jemput baca tulisan saya yang lain :

#PermaiMenulis
#jamuan




Thursday, September 07, 2017

Kuah sahaja yang tinggal

Pagi tadi selepas kelas, Saya menerima bungkusan daging korban lagi.
Aura daging terus meresap dalam sanubari.

Lalu saya mendapat idea untuk menulis seperti yang tertera di bawah.

Kali pertama saya mendengar kisahnya ketika berada dalam tingkatan tiga.
Ketika itu saya menghadiri ceramah agama di Masjid lama Tj (ketika itu surau) yang disampaikan oleh Ustaz Karim Sidek. Al-Fadhil ustaz menyelitkan kisah Juha dalam ceramahnya dan kisah tersebut masih saya ingati.

Buat yang belum mengenali, saya sertakan biodata ringkas.
Ada dua Juha.


Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab, seorang lagi Juha berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang kisah kedua-dua Juha itu bercampur.

1. Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai Abul Ghusn adalah seorang yang pintar, alim, dihormati. Namun pada masa yang sama beliau juga adalah orang yang lucu sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.
Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha.

Pengarang kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin bin Thabit.

Berkata Hafidz ibn 'Asakir :
Juha hidup lebih dari seratus tahun. Dan ini semua tertulis dalam kitab 'uyun tawarikh''
Milik Ibnu Syakir alkutubi
Dan dalam kitab ميزان الاعتدال  karya imam Adzhaby 
jilid pertama halaman: 326
tertulis:
Juha adalah seorang tabi'in(muridnya sahabat), ibunya adalah pembantunya Anas bin Malik رضي الله عنه.




2. Nasruddin Hoja merupakan seorang ulama Turki yang hidup di akhir abad 14. Nasruddin Hoja lahir di desa khortu, Sivri Hisar, Anatolia Tengah, Turki pada 776 H/ 1372 M dan meninggal di kota Ak-Shehir, Daerah Konya pada 836 H/ 1432 M dan dikebumikan di Kota itu. Ketika masih kecil Nasruddin sudah terkenal dengan kecerdikannya yang aneh. Sehingga rakan-rakannya selalu teruja mendengar percakapannya, sehingga mereka melalaikan pelajaran sekolah. Gurunya  berkata, "Nanti, bila engkau dewasa, kamu akan menjadi orang bijak. Tetapi, sebijak apa pun kata-katamu, orang akan mentertawakanmu." 
Nasruddin adalah guru sufi yang arif dan kaya dengan humor. Dia menggunakan humor untuk membuka pikiran murid-muridnya. Kerana keluasan ilmunya, Nasruddin mempunyai ramai murid yang berjumlah lebih dari 300 orang. 
Dan disinilah dia mendapat gelar "Khawja", "Hoca", "Avanti", "Efendi", atau ditempat lain diberi gelar "Maulana", "Mullah", dan "Syaikh". Di Malaysia gelar tersebut berarti "Tok Guru". Kalau di Mesir dikenali sebagai 'JUHA".

Kisah-kisah Juha terlalu banyak. Saya ingin petik cerita yang berkaitan dengan haiwan dan daging sahaja. Huhu.


Begini kisahnya :


Hanya kuah kijang sahaja yang ada.

Pada suatu hari, seorang petani telah menghadiahkan kepada Juha seekor kijang yang besar. Bagi menyatakan rasa terima kasihnya, Juha telah memasak dan menjamu petani tersebut dengan daging kijang tersebut. Apabila pulang petani tersebut menceritakan kepada adik beradiknya tentang kelazatan daging kijang yang dimasak oleh Juha.

Dua hari kemudian datanglah dua lelaki yang tidak dikenali oleh Juha. Mereka memperkenalkan diri dengan mengatakan kami adalah saudara kepada petani yang menghadiahkan kijang kepadamu tiga hari yang lalu.

Juha menghormati mereka dengan memasak daging kijang yang masih ada dan menjamu mereka. Setelah pulang, dua bersaudara tersebut menceritakan pula kepada jiran mereka tentang kelazatan masakan Juha.

Beberapa hari kemudian datanglah empat orang lelaki ke rumah Juha. Juha tidak kenal akan mereka. Kata mereka : “kami adalah jiran kepada saudara-saudara petani yang menghadiahkan kamu seekor kijang dahulu”.

Juha menghormati mereka dengan memasak baki daging kijang yang masih ada dan menjamu mereka. Setelah mereka kembali ke kampung. Mereka menceritakan keenakan masakan Juha kepada jiran masing-masing.

Selang beberapa hari, Juha dikunjungi oleh sekumpulan lelaki yang lebih ramai. Mereka berkata : “Kami adalah jiran kepada jiran saudara lelaki yang menghadiahkan kijang kepadamu dahulu”.

Masing-masing terbayang keenakan masakan Juha. Tidak lama kemudian Juha keluar dari dapur dengan membawa beberapa buah mangkuk yang berisi air.
Kata Juha : “Jemputlah minum, hanya inilah sahaja yang saya ada sekarang. Anggaplah ini adalah sup daripada daging kijang tersebut. Mungkin jika saya menghidangkan daging kijang kepada kamu semua, nanti seluruh penduduk kampung akan datang ke rumahku ini. Sedangkan daging kijang tersebut sudahpun habis dimasak.

Begitulah kisah Juha yang berkaitan dengan daging.

Apakah pengajaran dari kisah ini ?


#PermaiMenulis
#Juha