Friday, October 09, 2015

Melawat Muzium Darul Ridzuan

 Muzium Darul Ridzuan terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh berhampiran dengan bangunan Pejabat Setiuasaha Kerajaan Negeri Perak. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1926.


Bangunan yang memiliki ciri-ciri rekabentuk Inggeris ini masih dalam keadaan asal mempunyai lapan buah bilik di tingkat atas dan dua bilik di tingkat bawah. Di bahagian belakang bangunan ini terdapat empat buah bilik yang menempatkan kediaman tukang masak, pemandu, tukang kebun dan tukang gunting.
Di kawasan tanah seluas kira-kira empat ekar terdapat dua buah kubu perlindungan udara (airaid shelter) yang dibina pada tahun 1940 bagi melindungi lebih kurang 40 orang penghuni bangunan dan pekerja-pekerja yang tinggal di persekitarannya. Kubu-kubu perlindungan udara ini dibina daripada batu-bata dan simen konkrit yang tebal adalah sebagai persiapan untuk menghadapi serangan udara dari tentera Jepun. Kubu perlindungan yang ditempatkan di belakang bangunan muzium ini mempunyai terowong bawah tanah sepanjang kira-kira 50 kaki dan 20 kaki.
Pada tahun 1950, bangunan ini telah dijual kepada Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk dijadikan pejabat dan didaftarkan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD), dan secara kebetulan nombor pendaftarannya ialah 2020. Kemudian bangunan ini dijadikan ibu pejabat Home Guard Negeri Perak sehingga tahun 1957. Setelah kemerdekaan dicapai, bangunan ini telah dijadikan sebuah pejabat Kerajaan iaitu sebagai Pejabat Suruhanjaya Awam (SPA) Negeri Perak yang bertempat di tingkat atas dan di bahagian bawahnya pula dijadikan Pejabat Kemajuan Masyarakat Negeri Perak (KEMAS). Setelah Bangunan Kompleks Islam siap dibina sepenuhnya pada awal tahun 1989, SPA telah dipindahkan ke Kompleks tersebut dan KEMAS pula dipindahkan ke Bangunan Sri Kinta.
Penubuhan Muzium Darul Ridzuan bermula dari rancangan untuk menubuhkan sebuah muzium yang pertama di Bandaraya Ipoh pada 27 hb Januari 1989, oleh jawatankuasa yang telah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara sejarah perlombongan dan perhutanan di Bandaraya Ipoh bagi menyimpan dan mengekalkan segala warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan. Konsep penubuhan muzium juga adalah berlandaskan kepada evolusi Bandaraya Ipoh yang kukuh berdiri hasil daripada perlombongan bijih timah dan kayu-kayan suatu masa dahulu.
Pada awal tahun 1991, bangunan ini telah mula diubahsuai rekabentuk dalamannya dan diberi nama Muzium Darul Ridzuan. Pada 18 Ogos 1992, DYTM Raja Muda Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah merasmikan pembukaan Muzium Darul Ridzuan.

Cuma ketika kelana kami tempoh hari, hanya ada pameran gambar-gambar  lukisan sahaja yang terdapat dalam muzium ini. Suasana pun macam dalam pameran lukisan.



Di hadapan Muzium Darul Ridzuan

 Di dalam Muzium, ketika ini hanya terdapat pameran lukisan

Kubu pertahanan
Terowong di dalam kubu

No comments: