Wednesday, August 26, 2015

Si Pembaca Doa

Kebiasaan di majlis-majlis rasmi terselit dalam atur cara bacaan doa. Sangat baik dimulakan majlis dengan bacaan doa memohon keberkatan dari Allah SWT. Di antara adat ketika bacaan doa dalam majlis rasmi yang sudah seperti menjadi suatu protokol dan ketetapan ialah doa mesti dibacakan dalam bahasa melayu supaya semua sidang hadirin dapat faham. Jika saya yang membaca doa, style saya doa pendek sahaja, hanya satu lebaran sahaja.

Cuma antara perkara yang kami si pembaca doa selalu alami seperti, sebelum baca doa beria penganjur follow up, tetapi selesai sahaja baca doa, pandai-pandailah bawa diri. Nak pula kalau program tersebut anjuran Jabatan lain dan kita tiada kaitan dengan program tersebut hanya sebagai pembaca doa di awal acara sahaja. Bayangkan selama beberapa jam selepas itu kita harus bersabar duduk di dalam majlis tersebut. Selepas acara pula, jarang sekali tempat makan kita disediakan, walaupun  kita juga sebagai jemputan, ikutkan tak nak juga kita hadir ke program-program tersebut yang tiada kaitan dengan kita.




Geng Pejabat Agama Islam Daerah Lipis di Kaunter


Baru ini saya membaca doa di majlis Mesra anjuran Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri. Semua Jabatan mengambil bahagian dengan membuka kaunter. Dalam program tersebut, Orang awam boleh mengadukan permasalahan mereka. Dalam sesi lebih kurang sejam tersebut, hampir keseluruhan aduan adalah berkaitan dengan masalah pembekalan air di Lipis yang sangat mendukacitakan.

Tuesday, August 18, 2015

Kisah Menulis

Nak menulis untuk update BLOG ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Mungkin bagi orang lain mudah, walaupun mudah tetapi kini dapatan blog yang masih aktif  semakin merosot terutama selepas muncul banyaknya  media sosial lain seperti Facebook.

Zaman saya mula berkecimpung sebagai Blogger, masa itu semua kawan-kawan pakat buat blog belaka. Saya masih ingat ketika itu rumah kami di Khoulusi (Shoubra, Mesir) tiada internet. Untuk update blog, chek emel dan YM kami harus pergi ke Cyber Café (CC) yang jaraknya boleh tahan juga la dengan berjalan kaki. Saya rasa kesemua CC yang berada di area Shoubra telah saya jejaki.

Ada beberapa alasan saya berkaitan kesukaran untuk Update Blog :

Idea biasa datang semasa saya sedang memandu (long distance), waktu tersebut memang mustahil untuk saya curahkan idea tersebut dalam bentuk tulisan. Kemudian bila waktu yang lapang untuk saya menulis idea tersebut dah hilang.

Idea juga selalu muncul ketika saya tidak bersama laptop, ialah tak kan setiap masa nak gelek laptop ke mana-mana. Dewasa ini pun jarang  orang bawa laptop melainkan student IPT. Geng-geng otai ni pakat tulis dalam Ipad, Tab atau HP sahaja.

Saya pernah terfikir untuk membeli Ipad atau Samsung Tab kononnya untuk memudahkan saya menulis. Tetapi buat masa ini saya rasa tidak berbaloi. Sebenarnya saya telah ada Asus yang sebesar Samsung Tab tapi membebankan untuk dibawa ke mana-mana, berat dan respon sangat lambat.   

Lalu di samping menggunakan laptop (bagi saya, ini paling best setakat ni), ada masanya saya mencoret juga sikit-sikit di HP saya yang tak seberapa itu.

Di ruangan ini suka saya nukilkan beberapa orang yang selalu menulis buat motivasi kita semua :

YB Ustaz Nik Abduh : sedutan dari ucapan beliau  “Tetapi tuan-tuan semua, Allah Taala mengurniakan walaupun bukan kepetahan bercakap dan ayah saya puji saya. Tiada pujian yang saya suka selain pujian seorang ayah yang tak pernah memuji anaknya, seorang tok guru yang tak pernah memuji, bila dia memuji rasa nak melompat.
“Dia puji tulisan saya, Allah Taala bagi kelebihan saya tak boleh bercakap macam ayah, tapi saya yakin Allah kurniakan saya aqal seperti ayah untuk memimpin Dewan Pemuda insya-Allah. Saya akan memimpin dengan aqal saya bukan mulut saya dan saya akan terjemahkan kepimpinan saya melalui tulisan saya'.



YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi : Beliau  sentiasa menghadap laptop bagi menyelesaikan tulisannya. Sesibuk mana pun, mesti ada waktu untuk beliau berkarya melalui penulisan.

Buku karya Cikgu Hasanuddin
Cikgu Hasanuddin Md Isa : Beliau yang merupakan pengetua SMAN Pahang (SMA Al-Falah Batu Talam, Raub) sentiasa berkarya. Saya petik catatan tulisan di FB nya : "Anakku 'Aisyah Syahirah' tiba-tiba mengirimkan sekeping gambar. Ya, itu sejumlah novel bapa disusun di perpustakaan. Aku tahu dia terasa teruja dengan kehadiran novel bapa di rak itu.
Sebenarnya bukan setakat itu sahaja barisan karya bapa. Ada lebih 30 buah karya lain yang sudah dihadamkan isinya oleh khalayak pembaca. Bapa telah menulis sejak tahun 1986. Sudah lama. Sudah menjangkau lebih suku abad. Dan sekarang bapa masih menulis. Semalas-malas bapa akan mencatat di wall FB ini untuk renungan diri. Serajin-rajinnya bapa akan menyengkang mata ke tengah malam atau bangun awal pagi untuk menyudahkan karya. Tidak pernah bapa jemu dan penat untuk mencurahkan fikiran walaupun dari segi perolehan kewangan dan anugerahnya tidak seberapa.
Bapa berfikiran menulis itu mencambahkan kebijaksanaan dan kesolehan bukan untuk diri bapa sahaja tetapi untuk kehidupan khalayak pembaca juga.
Bapa akan terus menulis selagi upaya dalam kewarasan akal. Tatapilah karya bapa itu nanti. Itulah setakat daya keintelektualan bapamu".

Meja kerja Ustaz Karim di Kulliah
Ustaz Abd Karim Sidek : Beliau merupakan guru di Kulliah Sultan Abu Bakar Pekan sentiasa berdampingan dengan laptopnya dan aktif menulis terutama di FB nya. Tulisannya yang mengulas pelbagai isu diselit dengan pengalaman diri sangat menarik untuk dibaca.

Begitulah serba sedikit mereka yang menulis. Bagaimana pula dengan kita?

Apapun alasan yang saya berikan, saya tetap berusaha untuk terus menulis walaupun gaya bahasa yang tunggang langgang, atau tulisan label cap ayam sahaja. Saya akan pastikan blog saya ini diupdate walaupun ada masanya krik-krik.  Doakan saya.

Wassalamu
  

Monday, August 17, 2015

Dari Taman Kenangan ke Pekan Sehari Temerloh

Semalam (16 Ogos) saya berkesempatan turut serta di 'Sembang Permai' di Taman Kenangan Temerloh. Taman Kenangan  ini merupakan monumen bersejarah yang terdapat di bandar Temerloh. 
'Sembang Permai' boleh rujuk di sini : http://www.permaipahang.com/2015/08/sembang-permai-10.html


Terdapat batu peringatan di Taman kenangan. Catatan yang ditulis dalam bahasa melayu (tulisan jawi), cina, Inggeris yang bertarikh 1945. Ketika ini tulisan popular di Tanah melayu ialah tulisan jawi. Kini tulisan jawi tidak lagi popular, ramai yang buta huruf tulisan jawi. Bagi saya tulisan jawi perlu diperkasakan kerana ini merupakan identiti utama negara kita. Identiti yang dibuang sendiri oleh kepimpinan negara kita sehinggakan ia tidak lagi menjadi keutamaan. Kini tiada lagi akhbar harian bertulisan jawi kerana jika dicetak tidak berbaloi kerana pembelinya sangat sedikit. Saya juga hairan kenapa format ejaan tulisan jawi sering berubah-ubah, ada sahaja ejaan yang dikemas kini.


Taman Kenangan 1945


Kemudian saya berserta rakan meronda-ronda di pekan sehari di bandar Temerloh. Menariknya pekan sehari ini merupakan yang terpanjang di Pahang dan semenanjung Malaysia. Pelbagai jualan terdapat di sini terutama mereka yang ingin mencari hasil kampung seperti ulam-ulam, sayur tanpa racun, ikan-ikan darat.




 Ramai orang berkerumun di tempat aiskrim potong, termasuk sahabat kami.
 Berhampiran dengan Taman Kenangan terdapat sebuah rumah Persatuan. Rumah ini gabungan untuk  Lembaga Kemajuan Perempuan Islam, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Perkumpulan Perempuan. Budaya berpersatuan sangat perlu ditekankan terutama kepada generasi remaja sekarang.  Sejak zaman gadjet remaja dan muda mudi sekarang kurang berminat untuk terlibat dengan Persatuan-persatuan. 

Jumpa lagi..Wassalamu

Cerpen Kelana 2 ; Amal luar biasa

Cerpen Kelana 2 (Amal luar biasa) :
Setiap hari kita akan melakukan pelbagai pekerjaan (amal). Ada Amal yang kita laksanakan bersifat kepentingan peribadi seperti mencari duit untuk makan. Di Sana juga Ada Amal yang sangat penting untuk kita terlibat iaitu Amal untuk Islam. 
Semua Amal yang kita lakukan baik Amal Fardhi atau Amal Jamaie memerlukan kita melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh bukan sambil lewa sahaja seperti kata pepatah ibarat melepaskan batuk di tangga. Kalau pekerjaan biasa-biasa pun perlu bersungguh-sungguh, inikan pula kerja untuk Islam?. Sudah tentu kita perlu bekerja secara luar biasa untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.
Justeru pada hari yang barakah di penghujung syawal marilah kita memastikan diri kita untuk istiqamah melaksanakan segala Komitmen Amal Islami dengan gerak kerja Luar biasa.

AlsyababgGr
Ditulis pada 29 Syawal 1436 

Tuesday, August 11, 2015

CERPEN KELANA 1


Cerpen Kelana 1 :

Semua kita ada masalah. Apa pun situasi yg berlaku gerak kerja mesti terus berjalan dengan lancar. Jangan campurkan masalah peribadi dengan organisasi dan jemaah. Kerana secara tidak langsung ia akan mem'postpon' kan sesuatu gerak kerja. Andai beratnya hingga tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut sehingga menjejaskan gerak kerja jemaah dan organisasi pilihan terbaik ialah 'bercuti', segala taklifan dipangku kepada sahabat yang lain..Namun Maslahah Umum perlu diutama daripada Maslahah peribadi.

Thursday, August 06, 2015

Kenangan bersama Mushaf Al-Quran

Siang tadi, datang seorang anak muda ke kedai Koperasi Masjid. Katanya dia dari sebuat syarikat penerbitan. Projek yang dia bawa ialah Mushaf Al-Quran yang baru beberapa hari diterbitkan. Katanya lagi Mushaf ini tidak sama dengan mushaf-mushaf lain yang ada di pasaran. Mushaf yang lengkap dengan ilmu tajwid, terjemahan, warna-warni pada huruf melambangkan hukum-hukum tajwid yang tertentu. Sebab masih baru, dia hanya  bawa satu  mushaf sahaja untuk ditunjukkan.

Saya beritahu kepada beliau, saya tidaklah belajar tinggi tetapi dalam bab mushaf al-Quran Insyaa Allah saya tahu lah sikit-sikit. Saya tunjukkan kepada dia yang Mushaf ini tiada pengesahan dari Lembaga Tashih Kementerian Dalam Negeri (KDN), hanya ada surat tashih dari Indonesia. Mushaf yang dia bawa tidak sama dengan apa yang dipelajari dan digunakan di Malaysia.

Antaranya tempat letak ‘sukun’ (huruf mati). Mushaf yang diguna pakai di Malaysia tanda sukun hanya  diletakkan di atas huruf Nun mati yang bertemu dengan huruf Izhar manakala mushaf yang dia bawa tanda sukun diletakkan di semua nun mati baik huruf selepasnya adalah Izhar, Ikhfa’ dll.
Dia tanya kepada saya, yang saya belajar di mana?, saya sebutkan saya belajar di mana. Tanyanya lagi kalau orang yang pandai tiada masalah untuk guna mushaf yang dia bawa. Saya jelaskan yang orang yang dah mahir tak perlu dah kepada mushaf yang berwarna warni ini yang sudah pasti harganya mahal.

Akhirnya saya katakan, minta maaf saya tidak boleh membeli mushaf ini, dan saya syorkan supaya beliau mencari mushaf yang lain untuk dijual.


Masing-masing bersama mushaf kecil mengulang al-Quran, Gambar kenangan ketika berbuka puasa di IKIP, 


Saya teringat kenangan semasa belajar mengaji dahulu bersama rakan-rakan. Macam-macam mushaf yang beraneka saiz yang kami beli. Ada mushaf yang diceraikan satu juz satu juz, ada yang diceraikan lima juz lima juz, ada mushaf saiz poket dan lain-lain lagi. Ketika itu belum ada lagi aplikasi Al-Quran di Handphone, gadjet pun belum ada. Pen yang boleh mengaji bila diletakkan di mushaf pun belum wujud.

Gambar yang ditangkap di kedai gambar, saya berbaju yang poketnya siap ada penutup berbutang. Ditempah di kedai arwah Abang Man.


Paling menarik, kami sampai menempah baju yang boleh muat mushaf kecil dimasukkan ke dalam poket. Bahkan saya pernah menempah baju yang poketnya saya minta letak penutup berbutang supaya mushaf tidak terjatuh ketika sujud dalam solat.

Kedai baju yang kami selalu pergi kami gelarkan Abang Man, letaknya di belakang Mydin Kuantan berhadapan dengan Parkson/ A&W kuantan (ketika itu), ketika masih bersekolah tingkatan saya selalu terserempak dengan Abang Man yang selalu bersolat di surau terminal Kuantan.

Ketika saya masih lagi di Maahad Tahfiz, Abang Man telah kembali ke rahmatullah, sebelum itu kami pelik kerana kedainya lama ditutup. Rupanya tutup sampai bila-bila. Almarhum sakit yang kritikal sehingga membawa kepada ajalnya. Semoga roh almarhum Abang Man ditempatkan bersama para salafussaleh.



Tuesday, August 04, 2015

INI KISAH KITA ; PETANI, BOMBA & CHEF



1.Ketika mula tanam pokok, biasanya anak pokok yg dijaga dalam polybeg hidup segar, ketika mula anak benih dipindahkan ke kebun.. Si penanam perlu menyiram, membaja, bahkan ada yg perlu diletakkan peneduh supaya nak pastikan anak pokok tersebut terus survival di kebun. Masa itu tiada siapa yg peduli dgn kebun dan petani tersebut.

Setelah anak pokok tersebut membesar menjadi pokok yg kuat dan mengeluarkan hasil. Ketika itu barulah orang berminat dengan kebun tersebut, ada yang nak buahnya, ada yang nak anak benihnya, ada yang nak tip2 menanam dan penjagaan pokok dan kebun dgn berkesan dan sistematik. Sudah tentu pekebun tadi sangat gembira melihat kebunnya menjadi. Segala jerih keletihan, berjemur di tengah panas membaja, meracun...terbalas dgn hasil kebunnya.
Kebetulan ada orang yg ingin membeli kebun yg dah penuh dgn pokok2 tersebut. Ada yg akan jual, tetapi ramai pekebun yg tidak akan jual biarpun tawaran harga yang sangat lumayan. Ada pula yang mengambil kesempatan seperti curi2 petik buah, buat-buat tanya lastnye dapat buah free..🏃



2. Nyanyian bdk2 masa sklh2 rendah dulu.. Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba الخ...
Kalau main congkak pun rasanya ada istilah rumah terbakar
😳

Bukan rumah terbakar shj, binatang buas masuk ke rumah, anak kucing termasuk dalam saluran paip, cincin tersangkut kat jari, tersepit masa kemalangan jalan raya.. Semua tu antara skop bidang tugas Bomba..
John Wood dalam buku tulisannya ada menceritakan kisah org yang bekerja sebagai 'bomba'. Kerjanya menyelamatkan syarikat2 yang dah nak lingkup.
Jadi apa kaitannya? Orang bila terdesak, kecemasan dan dalam kesusahan Bomba yang mereka nampak dan cari. Biarkan orang yg lain, anggaplah kita sebagai bomba..🏃

3. Setiap hari kita perlu makan.. Sama ada masak sendiri atau makan di kedai.
Kalau di kedai biasanya kita dah tuju dan utamakan pada kedai yang menjadi kegemaran kita. Biasanya masakannya sedap, servis cepat, tempat selesa dan harga murah. 
Peranan yg utama dimainkan oleh Chef, namun kelibat chef biasanya di balik tabir, duduknye terkebelakang di dapor. Orang biasa sebut jom makan dekat sekian2 kedai.. Sedap makan kat kedai tu.. Jarang sangat orang puji sedap chef situ masak.. Begitulah dalam kehidupan ini, manusia perlukan makanan dan Chef terus Istiqamah menyediakan makanan buat semua biarpun sering dilupakan hanya nama kedai yang disebut-sebut..🏃

SalamKu
17 syawal 1436

Saturday, August 01, 2015

Jom Solat Sekali

Waktu Solat sering dijadikan rujukan untuk sesuatu agenda. Contoh nak jumpa bila? Jawapan mungkin lepas subuh, lepas solat zohor dll.
Pilihan bagi saya jika diberi pilihan untuk mencadangkan saya akan pilih seperti :
Jumpa solat asar sekali di Masjid, Solat maghrib sekali di masjid..begitulah..
Secara tidak langsung kita diikat dengan solat berjemaah..
Kami sering juga berjanji begitu.. Jumpa solat di masjid sekian,jumpa solat di surau sekian.. Tapi kadang-kadang ada juga yang kantoi untuk ikut rujukan tersebut. Insyaa Allah rujukan tersebut sangat mudah untuk dipatuhi jika kita seorang yang melazimi solat berjemaah. Tetapi jika solat berjemaah bukan menjadi rutin harian..itu antara punca gejala krik..krik..
Apa pun masih belum terlambat untuk berubah dan praktiskannya..
Jom istiqamah.
Wassalam