Friday, November 21, 2014

Diskusi Hijrah bersama artis Iwan Shahman

Masjid kami berkesempatan berprogram bersama dengan artis Iwan dan al-Fadhil Qadhi Daerah Jerantut. 
Abang Iwan (panggilan al-Fadil Qadhi Jerantut) menceritakan pengalaman hidupnya semenjak kecil sehinggalah terbabit dengan dunia seni dan menjadi artis sebelum melakukan 'penghijrahan'. 

Beliau mula merantau ketika berusia 18 tahun, pernah ke Singapura, Jerman, Moscow, India dan akhirnya pada 1984 merantau dan seterusnya menetap di Malaysia. 

Setiap album yang dibuat semuanya menjadi dan selalu menjadi juara dalam mana-mana anugerah. Walaupun lagha tetapi Allah Maha pemurah memberinya rezeki yang melimpah ruah.

Sehinggalah akhirnya pelbagai ujian datang menimpa, anak isteri bercerai berai, tidak dipedulikan oleh sahabat handai sehingga pernah merasa sunyi dan keseorangan.  Akhirnya bila ujian datang, kesedaran sedikit demi sedikit timbul untuk berubah ke arah yang lebih baik. Beliau sering bermuhasabah diri sendiri, berfikir untuk apa saya dilahirkan dll...

Akhirnya kini Abang Iwan semakin tenang dalam dunia dakwahnya.. Semoga beliau terus Thabat dan istiqamah atas jalan dakwah ini.
 Abang Iwan bersama Ustaz Rasmawi Harun, Qadhi Daerah Jerantut

 Jualan CD, keuntungannya akan disalurkan untuk membiayai pondok pengajian di kampung halaman Abang Iwan di Indonesia.
Bergambar kenangan bersama Artis Iwan Syahman, esoknya selepas solat subuh sempat bersarapan dengan beliau sambil mendengar kisah-kisah menarik hasil dari pengalaman beliau dalam dunia seni dan dakwah.

No comments: