Thursday, July 10, 2014

Musibah 12 Ramadhan di Masjid Sultan Mahmud

Inna Lillahi wa inna ilaihi ra'jiun : Jam 7.50 pagi ini, seorang pekerja kontraktor yang membaiki kebocoran atap masjid  terjatuh ke bawah. Mangsa yang pada mulanya pengsan tidak sedarkan diri, kemudian dihantar ke hospital dengan ambulan. Beliau dilaporkan mengalami patah di pinggang, lengan dan lutut. Syukur Allah masih panjangkan umurnya..







Semalamnya saya telah berkesempatan berbuka puasa dan solat terawih bersama kakitangan hospital daerah Lipis. 

Berbuka dan solat terawih di lobi hospital


catatan hujung :

TERJATUH dari tempat tinggi boleh menyebabkan kecederaan fizikal, jika sampai ajal boleh jadi asbab kepada kematian.

GUGUR juga menggambarkan suatu kejatuhan. biasa kita dengar orang sebut  buah gugur, daun gugur pada musim luruh.

Dalam kamus perjuangan istilah GUGUR juga digunakan...seperti menggambarkan seseorang yang sudah tidak bersama dalam perjuangan disebabkan dengan pelbagai macam sebab.

Berbeza pula dengan mereka yang mati dalam perjuangan. Istilah GUGUR syahid akan disebut-sebut.

Doakan semoga kita semua Tetap atas jalan dakwah ini, dijauhkan dari gejala keGUGURan dan mengharap GUGUR syahid di medan perjuangan.

amin.



No comments: