Tuesday, December 10, 2013

Menjadi Fasilitator

Kebiasaan di seluruh negara pada masa cuti sekolah, pelbagai agensi akan menganjurkan program dan aktiviti kepada para pelajar khususnya. Antara yang biasa kita dengar seperti program Kem Anak Soleh, Kem al-Quran, Smart Solat dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini saya turut menjadi fasilitator kepada program KEM BESTARI SOLAT yang dianjurkan oleh CCRC Benta (PUSPEN/ Pusat Serenti). Kelainannya para peserta hanya kepada pelatih di pusat ini sahaja. 

Ketika sesi sedang berjalan, mereka lengkap berkopiah putih, berbaju Tshirt seragam. Ada yang masih muda belia dan ada yang sudah berumur.
Selesai program, ada peserta yang sudah agak berusia berkata kepada saya ketika bersalaman 'doakan ana'.. dan kemudiannya berbual dengan menggunakan kata ganti diri 'ana'.
Semoga semua pelatih CCRC kembali insaf dan meninggalkan tabiat lama mereka..insyaAllah.



Penghujung tahun 2013, Majlis Ugama Islam (MUIP) cawangan Lipis telah menganjurkan kursus tahsin azan dan al-Fatihah kepada para bilal dan siak seluruh daerah Lipis. Saya telah ditaklifkan untuk menjadi pengisi kepada slot tahsin al-Fatihah. Alhamdulillah ramai peserta yang menguasai kaedah dan teknik bacaan al-Quran, namun masih ada yang sangat lemah sehingga dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Kepada mereka yang masih merasa lemah dan kurang pandai berkaitan ilmu dan kaedah bacaan al-Quran, dijemput hadir bertalaqi ke kelas pengajian al-Quran yang dianjurkan pada setiap isnin-jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Kelas dibimbing oleh Guru Hafiz Masjid Daerah yang dibiayai oleh MUIP.

No comments: