Thursday, March 14, 2013

Tilawah Peringkat Daerah Lipis

6 Mac program Majlis tilawah al-Quran peringkat daerah Lipis telah dijayakan. Saya bersembang dengan orang-orang lama, mereka menyatakan majlis tilawah sekarang tidak semeriah dan serancak dahulu. Menurut mereka, zaman dahulu pertandingan tilawah dilaksanakan bermula di peringkat kampung, mukim kemudian johan di peringkat kampung akan bertanding di peringkat daerah.

Kini suasana itu sudah tiada, setiap kali  majlis tilawah akan diadakan, puas penganjur mencari-cari peserta. Tiada lagi pertandingan di peringkat kampung, Walaupun penganjur meminta Tok Penghulu atau Tok 4 menghantar wakil..tetapi tiada respon balas dari mereka. Ada tok 4 yang kata pihak penganjur tidak membuat hebahan yang meluas, Orang ramai tidak tahu dsb...

Namun majlis berjaya dilaksanakan, walaupun peserta tidak ramai.  Tahniah buat muka-muka baru yang masih muda  mengambil bahagian. Insya Allah mereka akan menjadi pelapis kepada qari-qari veteran yang tidak layak untuk masuk bertanding kerana peraturan pertandingan ada menghadkan umur peserta.   
Semoga dengan majlis ini, semakin menimbulkan kecintaan kita untuk mempelajari ilmu al-Quran..insyaAllah. 
 Penonton boleh turut sama membaca kerana ayat al Quran dipaparkan di skrin.
 Kerusi VIP yang kosong, Kalau program pemberian bantuan kadang-kadang penganjur kena tambah lagi kerusi VIP. 
 AF Qadhi menyampaikan ucapan perasmian.
Pengerusi Jemaah Hakim (Ustaz Razuan Jamal, bekas johan Qari Negeri Pahang) membacakan keputusan. Kelihatan Tuan Jurutera Daerah (berbaju melayu merah muda)

No comments: