Friday, October 05, 2012

Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik)

Automated Enforcement System – AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) 

a) Apa AES AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti. 


b) Bagaimana AES berfungsi?


i) Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.

ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.

iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi hadlaju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.

iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

c) Siapa mengendalikan Kamera AES? Kamera AES akan dikendalikan oleh dua (2) Syarikat swasta iaitu

i) Beta Tegap Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Redflex daripada Australai; dan

ii) ATES Sdn Bhd. yang menggunakan sistem Jenoptik Robot daripada Jerman

d) Pendapatan daripada AES. Kadar pendapatan telah dipersetujui sejak 22/4/2009 dan telah dibentangkan kepada Kabinet pada 16/9/2009. Suatu Model Kewangan Tiga Langkah telah dipersetujui iaitu :

i) Setiap syarikat layak mengambil RM16 daripada bilangan set saman sah yang dikeluarkan daripada hasil bayaran saman yang telah dijelaskan tertakluk kepada 5 juta saman.

ii) Setiap syarikat mengambil 50% baki hasil bayaran yang telah dijelaskan (selepas ditolak jumlah di bawah langkah i) tetapi terhad kepada RM270 juta setahun. Kerajan ambil jumlah yang sama.

iii) Setiap syarikat mengambil 7.5% baki bayaran saman yang telah dijelaskan selepas tolak langkah (i) dan (ii). Kerajaan juga sama.

e) Peruntukkan dalam Akta berkaitan AES

i) Seksyen 2 – memasukkan takrif “imej yang dirakam”,

ii) Seksyen 2 – memasukkan takrif”kesalahan berjadual”

iii) Seksyen 2 – memasukkan takrif “kesalahan yang dirakam melalui kamera”

iv) Seksyen 53 (1A) – Saman dianggap serah walaupun enggan terima

v) Seksyen 53A – Notis Kesalahan yang dirakam melalui kamera vi) Seksyen 53B – Kewajipan mengemukakan nama dan alamat

vii) Seksyen 53C – Kewajipan untuk tidak memberikan, menyiarkan atau mendedahkan maklumat mengenai kesalahan yang dirakam melalui kamera.

viii) Seksyen 117 (11) – imej yang dirakam boleh diterima sebagai keterangan prima facie

ix) Seksyen 46 – Jadual Kesalahan

Jadual Pertama

(i) Memandu melebihi hadlaju
(ii) Tidak mematuhi isyarat lalu
(iii) Memotong garisan berkembar
(iv)Memandu di lorong kecemasan
(v) Memotong & menghalang daripada memotong
(vi) Memotong barisan
(vii)Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Jadual Kedua – Kesalahan yang dirakam melalui kamera

(I) Memandu di lorong bas
(ii) Memandu melebihi hadlaju
(iii) Tidak mematuhi lampu isyarat

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)




PS : Saya selalu sangat mendapat surat saman trafik..speed trap la apa lagi.. Saya pernah menyatakan kepada polis yang menyaman saya, saya tak kisah kalau kena saman, tetapi kenapa ramai lagi mereka yang terlepas. Itu Orang-orang besar, Raja, Pemerintah, Menteri.. Mereka tak kena saman, walaupun bawa jauh lebih laju dari saya. Patutnya mereka yang menguatkuasa undang-undang yang lebih utama untuk patuh undang-undang.. Polis tersebut diam sahaja.


Saya kenal ramai juga polis. Saya tahu mereka ini kalau bawa kereta, hampir tiada yang slow..laju dan semakin laju adalah.. Tapi sebab dia Polis.


Orang-orang besar lagi lah hepinya, bawa laju tapi selamat. Naik pula kereta kerajaan.. minyak percuma, servis claim kerajaan, saman pun terselamat..dah la gaji besar. 


Kereta zaman sekarang, kalau bawa 60-80km macam tak berasa apa, contoh Camry ke, BMW ke.. Kereta yang boleh pecut laju tak boleh bawa laju. Baik HARAMkan sahaja penggunaan kereta ber cc besar dalam negara kita. Ataupun setup kan semua kereta walaupun tekan habis pedal minyaknya tetap tak boleh bawa laju, sekadar had yang dibenarkan. Termasuk kereta Raja, Pemerintah, orang-orang besar dll...jangan ikan bilis sahaja yang kena, jerung, paus bahkan ikan tenggiri terlepas. Bomba, Ambulan..ok la ada rukhshah.


No comments: