Friday, September 21, 2012

Servis kereta

Malaysia negara serba maju? Sering kita dengar perkataan tersebut. Realitinya sebenarnya kita sendiri sedia maklum. Cuma ada segelintir yang malu untuk mengakui hakikat tersebut.
Era ini, Alat pengangkutan (kenderaan) sudah menjadi suatu kemestian atau kewajipan bagi semua orang. Kalau dahulu biasa kita dengar orang-orang tua bercerita 'nak ke sekolah berjalan kaki 10km'. Sekarang walaupun masih ada tapi sangat jarang. 
Sekarang, hampir kesemuanya mempunyai kenderaan. Sama ada beroda 2 atau 4. Sama ada kenderaan persendirian atau awam. Semuanya menggunakan alat pengangkutan ini.
Di medan dakwah, kenderaan juga memainkan peranannya yang tersendiri. Kenderaan menjadi wasilah bagi memudahkan gerak kerja dakwah. Ustaz Mokhtar Senik pernah menyatakan ketika orang komen kenderaannya yang dilihat agak besar dan mewah. Katanya, cuba ikut dia 'travel' 2-3 hari. Tahulah kenapa beliau pakai kenderaan tersebut. Pakai bukan untuk menunjuk mewah dan megah, tetapi suatu keperluan.

Cuma di era serba moden ini, saya yang juga merupakan pengguna tegar kenderaan, sedikit merasa kesulitan terhadap pengurusan kenderaan saya. Bagi menjaga kenderaan, kita perlu servis kenderaan kita. KM sekian-sekian kita dinasihatkan menservis kenderaan kita. Walaupun ada banyak bengkel persendirian, tetapi di peringkat permulaan (kenderaan masih dalam waranty) kita perlu ke pusat servis kenderaan berkenaan sahaja. Kalau pergi ke bengkel persendirian, automatik waranty kita ditamatkan.
Pusat servis yang rasmi untuk kereta saya agak jauh dari kediaman. Satu di Bentong, satu di Temerloh dan satu di Kuantan. Semuanya perjalan pergi sahaja sudah ratusan Km dan sudah boleh solat jama'. 

Bagi kenderaan saya, mengikut garis panduan yang syarikat kereta keluarkan, mesti diservis setiap 5000km. 5000km sangat sekejap bagi saya, kadang-kadang dalam dua bulan sudah 10 000km. Memang menjadi suatu kesusahan untuk saya sentiasa melepakkan diri di pusat servis.

Kalau ingin ke pusat servis. Saya mesti mengosongkan satu hari aktiviti saya. Dari pagi sampai petang peruntukan masa saya dihabiskan di pusat servis campur perjalanan pergi dan balik. Minyak untuk ke pusat servis sahaja dan hampir RM100. 

Bengkel persendirian di daerah kediaman saya ini?. Saya pernah menukar plug kereta di sini. Tetapi masalah semput masih tidak settle. Akhirnya saya bawa ke bengkel daerah lain, orang bengkel tersebut kata 'mana boleh pakai plug ini, ini plug biasa tak support kereta saya. Maka saya kena beli pula plug lain yang baru, plug yang sesuai. 

Begitulah sedikit kisah saya berkaitan kenderaan ini.. Cuma bersyukur sebab masih mempunyai kenderaan, walaupun sesak nafas juga nak jaga maintain nya.
wasalam..
  

No comments: