Wednesday, July 04, 2012

Sambutan Nisfu Syaaban


Malam ini, kebiasaan masyarakat kita menyambut malam nisfu syaaban. Saya pun kadang-kadang lupa tarikhnya, tetapi biasanya orang tua-tua yang walaupun jarang sangat menjejakkan kaki ke  masjid sentiasa ingat akan tarikhnya.

Saya ditanya oleh orang, masjid buat sambutan nisfu syaaban? Bila kata buat..jawabnya Alhamdulillah..walaupun terpaksa cansel kuliah pengajian. Rasanya kita maklum bahawa pengajian ilmu hukumnya wajib kita menuntut ilmu. Sedangkan sambutan nisfu syaaban yang diisi dengan bacaan al-Quran (surah Yasin shj 3x). Hukum baca al-Quran hanya sunat sahaja.

Saya tidak katakan salah atau betul. Terpulang pada masing-masing, yang ingin teruskan kuliah pengajian ilmu..teruskan. Yang ingin buat majlis baca Yasin boleh buat. Daripada duduk berbual di beranda masjid sambil asap kotor berkepul-kepul keluar dari hidung lebih baik dan berfaedah juga kalau dapat baca Yasin. Pahala pun dapat.

Cuma yang tak berapa betulnya, jika kita mewajibkan program sambutan nisfu syaaban. Sampai kata kuliah pengajian ilmu tak penting, hari-hari ada. Nisfu syaaban ini satahun sekali sahaja. Awas bagi yang berkata begitu..Nampak sangat kebodohannya nanti.

Kesimpulannya. Mari kita menambah dan giat mendalami lagi ilmu pengetahuan. Jangan datang masjid malam nisfu sahaja. Kalau baca Yasin 3 x pun tetapi baca tunggang langgang, berterabur, salah huruf, tajwid tak betul…masalah juga tu.. 

1 comment:

Chassan said...

Assalamualaikum..tertarik bicara dan pandangan penulis..sy amat setuju..cuma apa yang boleh sy beri sedikit pandangan ialah..Kita jangan beri'tiqod bahawa membaca yasin pd mlm nisfu Sya'ban adalah satu kemestian..Mesti buat,tak boleh buat progrem lain.seperti:Kuliah harian,ceramah ugama dan lain lain yang bersangkutan dgn beribadah..Tp kalau sekadar menangguhkan Kuliah yg sudah berjadual yg jatuh pada malam yg sama, atas alasan utk meraikan Mlm Itu, pada sy tidak menjadi masalah..nak buat bacaan Yasin dan lepas itu buat kuliah,itupun lagi baik..Pokok nya semua itu adalah beribadah kepada Allah..Kerana yang di galak kan pd malam itu,di perbanyakan beribadah kepada Allah serta berdoa..minta lah apa saja kata Allah,akan Aku perkenankan melainkan bagi mereka yg Syirik dan yang Memutuskan Hubungan Silaturrahim..Kuliah pun Ibadah, baca yasin pun Ibadah..yang tak ibadah ialah Bersembang kosong kosong..Walloh hua'llam..