Friday, July 27, 2012

Jom Bertadarus..


Menjelang bulan Ramadhan yang juga merupakan bulan ibadah, kita diseru supaya memperbanyakkan amalan. Pada kesempatan ini, saya ingin menimbulkan isu berkaitan dengan -
Tadarus Al-Quran.
Kita telah mendengar ceramah dari ustaz-ustaz yang menyatakan pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran. Pada bulan Ramadhan juga Rasulullah akan bertadarus dengan malaikat Jibril setiap tahun dan pada tahun  kewafatannya, Rasulullah telah khatam sebanyak 2 kali dengan malaikat Jibril. Cuma masalahnya kita yang tidak berapa nak mengaji al-Quran. Program-program tadarus al-Quran yang dianjurkan kebanyakannya oleh masjid dan surau dipandang sepi oleh masyarakat. Hanya segelintir kecil sahaja yang gemar menyertai program tadarus al-Quran.
Pengalaman kami dalam menganjurkan program tadarus al-Quran. Bila nak buat malam lepas terawih, orang kata tak boleh, letih berterawih. Bila cuba buat lepas subuh, kata tak sempat nak berkejar-berkejar untuk bersiap ke tempat kerja. Kami juga telah cuba buat lepas solat zohor. Kesimpulannya susah untuk menarik orang ke program tadarus al-Quran. Segelintir yang berminat pun terdiri dari kelompok wanita-wanita yang tidak bekerja dan telah bersara.
Kenapa ramai yang tidak gemar menyertai program tadarus al-Quran, bukannya mereka tidak berminat tetapi yang sebenarnya mereka segan dan malu sebabnya tidak reti mengaji al-Quran. Jadi sampai bila hendak diri terus jahil membaca al-quran. Sebelum roh dijemput Ilahi kita perlu membuat perubahan dalam diri kita. Buang sifat ego dan malu, sertai kelas-kelas pengajian al-Quran, kita belajar semula membaca al-Quran.
Kalau nak terus dalam kejahilan pun terpulang, Cuma masalah juga di akhirat nanti, boleh kena cas dalam mahkamah Allah, Allah tanya “kenapa kamu tidak baca al-Quran”, kita jawab “tidak pandai baca”. Allah tanya “ Tidak ada ke orang mengajar al-Quran?” . Lalu apa jawapan kita? Rasanya nak kata tidak ada tempat belajar macam mustahil, sebabnya kelas-kelas pengajian al-Quran sekarang ini berlambak-lambak di mana-mana sahaja.  
Jom sertai : http://alctemerloh12.blogspot.com/

Wasalam

No comments: