Monday, August 22, 2011

Imam Terawih jemputan..

Bila musim Ramadhan menjadi suatu fanomena sekarang masjid-masjid menggunakan khidmat imam tahfiz jemputan terutamanya masjid-masjid besar. Biasanya pihak pengurusan masjid perlu mencari pelajar-pelajar tahfiz dari awal lagi. Tambahan pula jika ingin mendapatkan pelajar yang terbaik. Kalau lambat alamatnya tak dapat. Dapat pun pelajar yang biasa-biasa sahaja.

Jemput imam tahfiz ini isunya ialah bayaran saguhati kepada mereka. Bab duit ini semua orang berkira, sampaikan ada juga imam kampong berkeras supaya masjidnya tak perlu dipanggil imam hafiz memadai dia sahaja yang mengimami solat terawih sebab bila jadi imam terawih jemputan saguhatinya..fuhh, lumayan juga la.. Ada juga AJK masjid yang tidak mahu memanggil imam hafiz ini, depa mahu imam sedia ada sahaja, kesnya sayang nak keluar duit banyak-banyak. Biar beku dalam akaun bank sahaja, seronok dapat tengok penyata jumlah duit bertimbun-timbun.

Pasal saguhati kepada imam hafiz ini pula, biasanya tak ada lah penyelarasan antara masjid-masjid kena bayar berapa. Ikut kemampuan masjid masing-masing. Tetapi kalau betul-betul tak mampu jangan jemput imam hafiz ini, kasihan mereka..kena naya. Saya bersama Hasnol pernah ada pengalaman tersebut. Menjadi imam di sebuah surau yang jauh juga dengan tempat pengajian kami, jadi kami kena tinggal menginap di situ, sahur di situ, berbuka di situ, bukan sahaja menjadi imam terawih tetapi juga menjadi bilal 5 waktu, jadi imam 5 waktu, jadi imam qiamullail. Punyalah hebat surau tersebut, sebab bukan hanya jemput kami berdua sahaja, tetapi turut jemput 2 lagi adik beradik dari Kelantan untuk turut menjadi imam di surau tersebut. Akhirnya bila tiba hari terakhir kami berkhidmat di situ, saguhati yang kami perolehi merupakan yang paling rendah dalam dunia hanya RM 50.00 seorang. Sedangkan rakan kami di masjid-masjid lain paling sikit RM500. Akhirnya tahun-tahun ke depan tiada sesiapa dah pelajar Maahad yang ingin ke surau tersebut. Nama Surau tersebut sinonim di kalangan kami, tapi sinonim yang negative lah.

Sekarang ini, saya biasa juga menguruskan imam-imam hafiz ini, saguhati yang normal RM 1000-2000. Kalau jemput yang antarabangsa seperti dari Mesir minima RM 10 000. Kadang-kadang ada juga pihak-pihak yang kata tak payah bayar banyak-banyak, terpulanglah, tapi masyhurlah nama masjid dan surau kita di kalangan link-link maahad tahfiz dan pelajar tahfiz yang masjid dan surau kita kedekut. Tahun berikutnya maas salamah lah nak dapat khidmat imam tahfiz jemputan. Ramai juga pelajar tahfiz yang datang dari Patani, kebanyakannya mereka ini orang susah, gaji guru di madrasah mereka pun hanya 2-300 sahaja sebulan, ini lah peluang kita nak tolong mereka.Jawapan yang mudah, kalau tak nak bagi banyak..suruh sahaja AJK atau pihak-pihak yang terbabit jadi imam. Kalau Tak reti jangan kecoh.

Berkaitan pelajar tahfiz pula, biasanya bila kita minta kepada marasah/ maahad untuk menggunakan khidmat pelajar depa, pihak pentadbiran madrasah/maahad kenalah pilih pelajar-pelajar yang terbaik. Pelajar yang berakhlak, bacaan kemas teratur dan lancar, bukan hanya semberono sahaja pilih. Sebab ramai juga makmum-makmum yang pandai mengaji, ini tak.. dah la tak lancar banyak pula kesalahan nyata yang budak mengaji KAFA pun boleh cam kesalahan tersebut. Akhirnya imej madrasah/maahad pun tercalar sama, orang kata ‘jangan ambil imam tahfiz dari madrasah/maahad bla bla bla, teruk bacaan pelajar diorang’.

Ada juga pelajar tahfiz yang sekolah diorang tak pilih, tapi diorang yang menawarkan diri sendiri. Sebelum ramadhan ini, saya telah dihubungi oleh seorang pelajar dari sebuah pusat pengajian di utara, menawarkan diri untuk menjadi imam terawih, setelah merujuk kepada masjid yang dia menjadi imam di situ pada Ramadhan sebelumnya, ramai orang bercerita yang kurang enak, maka kita tak ambil budak tersebut. Rupanya budak itu menawarkan diri di masjid yang lain, dan masjid tersebut menerimanya.. Jadi lah dia imam d situ, pihak pengurusan masjid mula tak puas hati, kata imam tahfiz tapi jadi imam tengok Quran besar, juz satu dah baca salah, salah baris, salah huruf..macam-macam lagi lah… Jadi ingatan juga kepada pelajar tahfiz jangan sebab nak dapat imbuhan berkejar nak jadi imam sedangkan kemampuan tidak ada.

Kesimpulan.. Masjid : tak salah nak panggil imam tahfiz bahkan digalakkan.

Madrasah/ Maahad : pilih pelajar yang terpilih sahaja.

Pelajar : Jangan terlalu mengejar imbuhan..

Wallahua’lam…

Setelah saya menulis tulisan ini, baru saya jumpa dengan tulisan saya yang menceritakan perkara yang hampir sama pada Ramadhan tahun lepas.

Lihat

http://syababgr.blogspot.com/2010/09/imam-tahfiz-jemputan.html

No comments: