Saturday, May 28, 2011

Saya ; LCD

Cerita beberapa minggu lalu..
Saya telah diminta oleh Badan Dakwah sebuah sekolah untuk memberi pengisian berkenaan dengan pengendalian usrah. Sasaran peserta ialah semua para naqib/bah . Alhamdulillah suatu program yang sangat baik. Guru penasihat juga hadir sama memberi sokongan kepada program yang dijalankan.
Untuk program itu, Saya menggunakan projekter (LCD) saya sendiri. Walaupun program tersebut merupakan program rasmi sekolah dan sekolah tersebut bukanlah sekolah rakyat tetapi biasalah untuk program bercorak agama ini banyak rintangannya.

Cerita tahun lalu...
Saya dan beberapa rakan telah diminta untuk mengendalikan program minggu suaikenal di sebuah sekolah. Pihak sekolah memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk mengendalikan program tersebut. Mujur juga saya membawa LCD, kerana sekolah tersebut boleh dikatakan 'tiada' lcd. Mungkin sebelum daripada program tersebut, pihak sekolah tidak memandang kepenntingan sebuah lcd tersebut. Disebabkan program tersebut berjalan dengan baik..akhirnya kami berprogram lagi di sekolah tersebut dengan program yang jauh lebih besar dan gemilang. Program himpunan semua sekolah-sekolah agama di negeri Pahang dan LCD saya juga mempunyai peranannya di program itu.

Kesimpulan
Dalam era kini, tak patut la bagi institusi pendidikan tidak mengambil berat kemudahan LCD dan yang berkaitan dengannya..



1 comment:

batusawar said...

sekolah mana terok sangaat tu? sekolah di negeri PM ke? kalau di pusat serenti tentu canggih...