Monday, December 06, 2010

KRIP'10


Kuantan - 5 Disember,- Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang atau yang sangat di kenali dengan singkatannya PERMAi mengorak langkah maju ke hadapan sekali lagi apabila berjaya menganjurkan satu program bagi mengisi masa cuti sekolah ini iaitu Kem Remaja Islam Pahang (KRIP '10) pada 3-5 Disember 2010 bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad Balok, Kuantan.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah di sertai oleh 62 orang peserta yang hadir dari seluruh daerah negeri Pahang yang sedang bercuti. Mereka telah dipilih oleh Jawtankuasa PERMAi berdasarkan prestasi serta komitmen mereka di dalam program-program yang pernah mereka sertai di bawah anjuran PERMAI.


Kem Remaja Islam Pahang pada kali ini merupakan program indoor yang memuatkan beberapa pengisian serta modul bagi melatih sifat kepimpinan, berdikari, bermotivasi, berakhlak serta tidak juga ketinggalan beberapa modul yang diadakan bagi mengasah minda setiap peserta.

Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan KRIP pada kali ini. Tidak lupa buat semua peserta kerana berkorban untuk hadir walaupun dari daerah yang jauh. Semoga semua usaha kita ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal jariah sebagai bekal akhirat. Amin.



No comments: