Thursday, April 08, 2010

KURSUS PENGURUSAN PEJABAT

Sejarah menunjukkan umat Islam di waktu silam sangatlah hebat. Umat Islam yang menguasai hampir keseluruhan dunia ini. Namun dek akibat kelalaian sendiri akhirnya Umat Islam yang dahulunya sangat gagah jatuh terduduk. Kini dunia menyaksikan kuasa-kuasa besar dunia terdiri daripada bangsa bukan Islam. Mereka mengatur sistem kehidupan manusia yang ramai juga umat Islam yang turut sama bangga menggunakan sistem mereka. Namun percayalah dunia nantinya akan menjadi saksi sekali lagi akan kebangkitan umat Islam.
Antara ilmu dan kemahiran yang perlu umat Islam kembali kuasai ialah ilmu pengurusan. Ramai orang berkata golongan ustaz & ustazah (agamawan) tidak pandai mentadbir. Mereka hanya layak menjadi kuli sahaja tidak sebagai seorang bos. Memang tidak dinafikan kalam tersebut, kerana contohnya memang ada. Akan tetapi kita juga tidak menafikan kehebatan golongan agamawan ini mentadbir. Hakikat sebenarnya golongan sekular lagi ramai yang hanya berlagak pandai mengurus, kita lihat pecah amanah, rasuah, bankrap, muflis hampir semuanya terdiri daripada golongan yang kita sebut bukan para ustaz-ustazah.
Kata Saidina Ali : Kebenaran yang tidak bersistem akan kalah dengan kebatilan yang terancang rapi. Atas dasar ingin menaikkan kualiti kerja Jabatan Agama Islam Pahang, maka suatu kursus pengurusan pejabat telah diadakan khusus untuk para pegawai. Kursus diadakan di dewan seminar Masjid Negeri Pahang. Peserta terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Antara pengisian kursus ialah teknik dan kaedah menguruskan fail, aset pejabat, inventori, format surat terkini dan banyak lagi. Sebelum-sebelum ini biasa kita dengar kursus sebegini diadakan untuk pembantu tadbir (kerani) tetapi demi untuk memantapkan pengurusan pejabat, bukan hanya pembantu tadbir sahaja yang perlu tahu kaedah sebenar tetapi para pegawai juga perlu ada pengetahuan mengenainya.
Kumpulan saya
Perkara yang perlu ada dalam fail

Contoh fail


Peserta kursus bergambar kenangan

No comments: