Saturday, January 02, 2010

KEM ANAK SOLEH 2009

Sudah menjadi kelaziman bagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar mengaji al Quran. Bagi mereka yang mempunyai kemampuan akan mengajar sendiri anak mereka belajar mengaji al Quran. Amat jarang sekali kita mendengar pelajar-pelajar yang tidak pernah belajar mengaji al Quran. Saya tidak menafikan tempat-tempat yang anak-anak pergi belajar mengaji al Quran, amatlah bagus cuma ada sedikit isu yang ingin ditimbulkan.. kita melihat ramai di kalangan anak-anak apabila ditanya : 'mengaji dekat mana dah?'.. kebanyakannya menjawab : "dah al Quran", "dah juz bla bla", "dah iqra" dan bermacam-macam lagi aneka jawapan yang sewaktu dengannya.

Tetapi apabila diuji.. ramai yang tidak boleh membaca. Saya sertakan beberapa Contoh:
-Ada pelajar yang membaca Iqra'..katanya sudah Iqra' 4, tetapi bila diuji Iqra' 1 pun belum lepas.. ada huruf-huruf hijaiah yang dia tidak kenal.
-Ada yang katanya sudah masuk al Quran, di pertengahan surah al Baqarah, tetapi bila suruh dibaca.. langsung tidak boleh, kita suruh pula baca ayat-ayat lazim seperti surah al Lahab, al Fiil.. juga dia tidak boleh membaca.

-Ada yang boleh membaca, cumanya seperti membaca surat khabar.. tidak ada panjang pendeknya, tak disertakan dengung..Masalahnya pelajar tersebut telah pernah khatam...
Timbul persoalan, bagaimana pelajar-pelajar ini belajar mengaji sehingga boleh tamat iqra', boleh naik al Quran tetapi tidak tahu membaca?
setelah diselidiki, beberapa kesimpulan dapat dibuat..antaranya :
-Kebanyakan tempat mengaji, teknik belajarnya ialah para pelajar akan follow bacaan guru sahaja, ikut sahaja.. hari esok boleh pindah muka surat.
-Seorang guru terlalu ramai anak muridnya, contoh guru seorang, anak murid ada 30 orang.. menyebabkan guru tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajarnya, tambahan pula waktu mengaji yang sangat terhad.
Masalah ini akan terus berlarutan, jika ibu bapa dan tempat-tempat mengaji al Quran tidak memainkan peranan. Para pelajar kebanyakannya masih muda belia, mereka masih belum mempunyai kesedaran mendalam supaya diri mereka mahir dalam membaca al-Quran.

Sedikit usaha untuk membantu para pelajar dalam mendalami al Quran, maka Masjid daerah Lipis telah menganjurkan Kem Anak Soleh 2009. Program yang berlangsung dua minggu (7.12-17.12.09) walaupun sekejap moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak, dapat cover mana yang patut dalam usaha untuk memantapkan pengajian al Quran para pelajar.
Program Kem Anak Soleh terbahagi kepada dua sesi. Sesi awal ialah Pengajian al-Quran, manakala sesi kedua penumpuan kepada ibadah solat, Aurat dan Akhlak.
Sebanyak 12 Kumpulan telah dibentuk. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Tenaga fasililator daripada pelajar-pelajar lepasan STAM dan persijilan DQ. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa untuk menghantar anaknya ke program ini.Terima kasih juga buat Cik Tipah yang menaja hotel untuk fasilitator menginap sepanjang program berlangsung, juga buat krew-krew memasak yang menyediakan menu sarapan pagi kepada peserta-peserta Kem. Juga mereka yang sudi menaja makan minum untuk fasilitator.
InsyaAllah, program seperti ini akan sentiasa diadakan, khususnya bagi membentuk generasi pelapis yang berilmu dan menuju ke arah mardatillah.

LDK Bersama Us Kahafi (Group sek. Rendah : Lancar Al Quran)

Bersama Ustazah Atikah (Group Iqra' Sek Rendah)

Bersama Ustaz Yusof, (Group asas al Quran)

Sarapan pagi bersama-sama

Praktikal Solat

Praktikal Wudhu'

Bersalaman sebelum pulang

Pemberian sijil penyertaan

hamper disediakan untuk peserta terbaik

No comments: