Friday, December 11, 2009

Tiga Peristiwa..

1. Beberapa hari yang lalu terlihat kelibat seorang pemuda di masjid ini. Hari ini sudah masuk beberapa hari dia menetap di sini, di masjid. Banyak suara-suara orang berbunyi pasalnya. Sudah beberapa versi cerita sudah saya dapat....kebanyakannya berlainan sama sekali..

2. Semalam seorang pakcik datang ke rumah, ada masalah katanya.. Pakcik terputus duit, dari KL nak ke KB.. Sampai sini pun menumpang lori.. anak perempuan pakcik lari dari rumah...dah lima minggu.. dah dekat RM 500.. duit pakcik habis pasal nak cari anak pakcik ini....

3. 6hb (ahad) ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lipis, singgah sebentar ke Masjid Temerloh. Selesai mengambil wudhu', seorang pemuda bersalaman dengan saya..katanya ada masalah.. beliau dari Jengka dan sudah dua hari menetap di Masjid Temerloh mencari kerja.. Bercadang ke Bentong pula... Beliau meminta sedikit sumbangan buat membeli makan dan minum...
Tiga Peristiwa yang berlaku dalam minggu yang sama.. Sebenarnya sudah acap kali saya berhadapan dengan peristiwa-peristiwa begitu. Pernah dahulu datang seorang muallaf yang juga mempunyai kisah yang tersendiri.. Setelah dua..tiga hari selepas itu.. sahabat dari PERKIM menyampaikan maklumat bahawa muallaf tersebut adalah penipu...
Orang-orang lama sering mengingatkan saya supaya jangan percaya sangat terhadap orang-orang yang meminta bantuan ini. Kerana banyak yang sudah terkena... Tetapi mungkin ada di kalangan mereka yang memang betul-betul terdesak..tetapi di sebabkan ramai juga yang mengambil kesempatan menyebabkan kepercayaan kita menjadi sangsi dan berbelah bagi.. Apa pun kita akan membantu sedaya upaya kita.. Meraka benar atau tidak terserah kepada Allah...
Apa yang menghairankan..mereka yang ingin bantuan biasanya mencari Masjid dan Imam masjid. Tidak mencari YB di Pusat Khidmat Masyarakat, DO di Pejabat Daerah, Tuan Qhadi di Pejabat Agama, Pegawai JKM di Pejabat JKM.. tetapi mencari Masjid...
Kerana mungkin Masjid lagi mesra kepada orang ramai berbanding contoh-contoh yang disebutkan tadi.. Sedangkan Pegawai-pegawai yang terbabit memang juga terlibat secara langsung dengan orang ramai..cumanya mungkin hubungan langsung dengan orang ramai terhalang dengan suasana bentuk pejabat-pejabat mereka...
Wallahua'lam...

No comments: