Thursday, December 31, 2009

Program Pemantapan al Quran

Sempena cuti sekolah, Sek.Men Seri Lipis telah mengadakan Program Pemantapan al Quran. Program diadakan selama seminggu dan terbuka kepada pelajar lelaki 13-18 tahun. Para peserta akan dibimbing untuk menghafaz beberapa surah pilihan iaitu surah As Sajdah, Surah Al Insan dan surah al Mulk. Sepanjang program berlangsung selama seminggu, semua peserta menetap di asrama sekolah. Peserta dibimbing oleh pelajar dari Maahad Tahfiz Janda Baik Bentong. Saya berkesempatan hadir untuk menyampaikan dua sesi pembentangan kepada para peserta. Mudahan dengan program ini para pelajar dapat memantapkan lagi penguasaan mereka terhadap ilmu al-Quran di samping menambah kecintaan terhadap al Quran.

Cikgu Muin tengah menyampaikan taklimat. Turut kelihatan para pembimbing (berjubah putih) dari Maahad Tahfiz Janda Baik Bentong




Sesi ujian penilaian pada hari terakhir program. Para peserta akan diuji seperti dalam pertandingan menghafaz al Quran.


No comments: