Thursday, December 31, 2009

Cuti Sekolah.. kian berakhir

Cuti Sekolah; Kian berakhir...
Kita semua maklum, cuti sekolah masih lagi berbaki beberapa hari lagi. Setelah sebulan pelajar-pelajar bercuti, kini cuti mereka masih lagi berbaki hanya beberapa hari. Saya percaya selama mereka bercuti ini, sudah pasti pelbagai perkara, aktiviti dan program yang mereka lakukan.Cumanya..adakah berfaedah atau tidak aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan. Rasanya banyak juga berita-berita yang kita dengar tragedi-tragedi menyayat hati yang melibatkan pelajar sekolah di musim cuti sekolah ini seperti mati lemas dan nahas jalan raya.
Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah.. adakah para pelajar dapat mengisi waktu cuti sekolah mereka dengan sebaiknya..
Sangat sayang... jika waktu cuti mereka dibiarkan terabai begitu sahaja tanpa diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Pelajar-pelajar sekolah kebanyakannya masih tidak pandai untuk merancang aktiviti dan program yang dapat mendatangkan kebaikan kepada mereka. Kebanyakannya hanya pandai merancang aktiviti seperti mandi sungai, melastik burung, memancing ikan dan aktiviti yang seumpannya.. tidak merancang untuk aktiviti yang lebih membawa pulangan yang besar untuk diri mereka..
Maka, peranan besar dalam merancang dan mengisi aktiviti cuti sekolah ini terletak pada bahu ibu bapa. Menjadi masalah jika ibu bapa yang tidak mengambil cakna tentang anak-anak mereka.
Sepanjang musim cuti ini juga.. teks khutbah kedua solat jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti ada menyelitkan supaya ibubapa perlu memainkan peranan dalam merancang dan mengici cuti anak masing-masing di samping banyak agensi yang membantu menyediakan program-program bermanfaat untuk mereka.
Nak cerita panjang.. cuti sekolah sudah nak berakhir.. namun saya percaya ramai ibu bapa yang telah berperanan dalam mengisi cuti anak-anak mereka...
Kini.. apa yang perlu bagi pelajar-pelajar ialah membuat persiapan mental dan fizikal, rohani dan jasmani untuk kembali ke sekolah.

No comments: