Saturday, November 11, 2006

Kristianisasi
Sejarah telah menunjukkan bahawa Kristianisasi telah begitu lama meresap masuk di Tanah air tanpa kita sedari. Para mubaligh mereka begitu bersungguh dalam merencanakan agenda mereka biarpun rancangan mereka akan memakan masa yang lama untuk membuahkan hasilnya. mereka membuat pelbagai kajian yang terperinci mengenai masyarakat Islam yang kesimpulannya mereka berpendapat orang melayu (pada masa dulu,sebelum merdeka, sekarang tidak lagi) tidak boleh dikristiankan melainkan melalui kaedah-kaedah halus Antara kaedah utama yang mereka gunakan ialah melalui :
-Pendidikan.
Mereka menggalakkan bahkan megasaskan tadika, sekolah, kolej dan universiti yang dikelolai sendiri oleh pihak mereka. Seorang mubaligh kristian yang bernama Henry Gibb berkata : "ia adalah satu jalan untuk mencapai matlamat dan matlamatnya ialah membawa manusia kepada agama kristian. Agama ini diajarkan kepada mereka sehingga mereka menjadi individu dan masyarakat kristian".
Samuel Zweimer berkata : " kami telah merancang kurikulum pendidikan di negara Islam semenjak 50 tahun yang lampau dan kami berjaya menghapuskan pengajian al-Quran dan sejarah Islam daripada kurikulum tersebut".
Institusi pendidikan mereka lebih terkenal dan ternama berbanding institusi yang lain yang bukan ditaja oleh mereka. contohnya di zaman 40an dulu, kebanyakan ibu bapa menghantar anak mereka ke 'sekolah inggeris' yang kata mereka akan menjamin masa depan anak mereka.Kata mereka nanti dapatlah anak itu menjadi Pegawai daerah (DO) dan paling lekeh boleh menjadi kerani di pejabat-pejabat kerajaan. Sekolah-sekolah melayu dan sekolah arab sudah tidak dipandang. Hanya anak-anak yang dianggap 'bengap' sahaja dihantar ke sekolah melayu dan arab. Di sekolah 'inggeris'lah mereka memainkan peranan yang begitu halus dan licik dalam merencanakan perancangan mereka. Seterusnya pelajar-pelajar yang berpotensi (yang telah berjaya didoktrin) dibiayai untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan di sana pelajar akan diterapkan dengan fahaman sekular dan kristian. Akhirnya apabila golongan ini balik mereka diberi jawatan dan ketika mana negara mencapai kemerdekaan mereka inilah (baca anak buah mereka) diberi mandat (kerana kristian telah yakin dengan mereka) untuk mentadbir negara. Walaupun negara diperintah oleh orang melayu (lepasan sekolah inggeris) tapi tiada kurangnya dengan pemerintahan golongan penjajah. sama sahaja tiada bezanya baik dari perlembagaan, sistem ekonomi, pendidikan, undang-undang, senang kata serba serbinya sama sahaja. Hal ini berterusan sehinggalah ke saat ini. Kita telah maklum mereka telah berjaya menukarkan mata pelajaran matematik dan sains yang telah diajar dalam bahasa inggeris. Baru-baru ini Menteri mengumumkan akan meneruskan lagi penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains walaupun mendapat tentangan yang hebat dikalangan masyarakat melayu khususnya. Mata Pelajaran Pendidikan Islam sudah tidak dianggap penting. Tarafnya sama sahaja dengan Pendidikan Seni dan Pendidikan jasmani. Akhirnya akan lahirlah masyarakat muda yang jahil agama, rosak moral dan ini memang sudah menjadi kehendak mereka.
-Media Masaa
Hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan dakyah kristian. Bagi yang ingin mewujudkan Media Massa yang bercorak islamik akan ditekan dan tidak diberi kebenaran tetapi yang sebaliknya diizinkan sehingga menjadi seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Rancangan-rancangan tv yang islamik diadakan hanya sekadar untuk mengelabui mata masyarakat namun yang sebaliknya diizinkan bahkan diberi galakan hatta nak siar 24 jam pun tidak menjadi masalah.
Kenyataan suatu akhbar: Sebuah majalah di New York (2003) melaporkan bahawa pertubuhan-pertubuhan kristianisasi mempunyai 1900 buah stesen radio dan televisyen, 4 020 000 pendakyah kristian yang terlatih dan 400 jenis majalah bulanan yang membawa mesej Gerakan Kristianisasi.
-Perkhidmatan Perubatan
Apabila berlakunya tragedi-tragedi kecemasan di mana-mana negara di dunia, mereka akan bersegera menghantar pasukan bantuan kecemasan seperti Red Cross, World Vision, dan Christian Aid. Mereka juga menumpukan di negara-negara miskin seperti di benua Afrika. Mereka menubuhkan hospital, pembantu-pembantu perubatan (baca mubaligh kristian) dihantar ke pedalaman di samping aspek perubatan sudah tentu mereka akan menyebarkan dakyah ajaran mereka.

No comments: