Wednesday, May 24, 2006

Lawatan Pimpinan Negara
Sudah menjadi suatu kebiasaan Pembesar-pembesar Negara selalu datang berziarah ke sini. Setelah seseorang pemimpin negara itu pulang diganti pula yang lain, seolah-olah silsilah rantai ziarah pimpinan negara tidak terputus. Secara positifnya memang perlu dan sebenarnya menjadi suatu kewajipan pemimpin mengambil berat rakyatnya walau di ceruk mana rakyatnya berada dan menjadi kewajipan pemimpin negara mengambil berat masalah kita. Cuma apa yang berlegar di kotak fikiran mereka tidaklah dapat kita ketahui sehingga menyebabkan kunjungan mereka begitu kerap ke sini berbanding negara- negara luar yang lain.
Baru-baru ini Dato’ Mustapha Mohd, Menteri Pengajian Tinggi datang untuk beramah mesra dengan para pelajar. Secara kesimpulan, pendekatan beliau agak bijak sedikit berbanding beberapa pemimpin yang lain. Beliau langsung tidak menyentuh masalah politik, Kesatuan, serta perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontraversi. Beliau banyak menceritakan masalah kita selaku umat Islam, mengambil contoh Masalah Iran dengan Amerika di samping menggambarkan kejahatan Amerika, Kemudian beliau menyentuh sikit-sikit pasal pendidikan dan ekonomi kerana sebelum ini pernah menjadi Menteri kewangan 2, dan pengarah Maten.
Bila timbul sesi soal jawab, tiada pertanyaan yang panas Cuma semua soalan2 yang ditanya agak baik dan ucapan tahniah kepada penanya2 soalan..
Antara soalan yg diajukan (yg ana ingat):
-masalah gaji. Kerajaan x bercadang ke nak hadkan gaji minimum pekerja sebanyak Rm 900. sebabnya semakin hari kos kehidupan semakin tinggi. Penanya memberi contoh harga minyak yang naik baru-baru ini, ura-ura tarif elektrik juga akan dinaikkan.
Jwpnnya…kerajaan tidak bercadang untuk menghadkannya. Beliau mengatakan bahawa masalah pengangguran akan lebih berleluasa, kerana semua jenis pekerjaan mesti pekerjanya menerima gaji RM 900.00 ke atas.
-Bilakah universiti di Kelantan akan beroperasi. (negeri terakhir yg mendapat universiti). Penanya juga menyebut supaya ianya tidak dipolitikkan.
Jwpn..dalam tahun ini mungkin bulan 7 ini akan mula beroperasi.
kita doakan agar Universiti ini tidak dipolitikkan.
-Mengiktiraf STAM setaraf STP, kerana sekarang ini, tangga gaji lulusan STAM dikira setaraf dengan lulusan SPM, sedangkan untuk mengambil STAM perlu kepada SPM.
Jawapan…akan dibawa balik persoalan ini.
-Mencadangkan system Meritokrasi dihapuskan. Kerana system merit ini menyebabkan golongan Bumiputera mengalami masalah yang cukup besar untuk mendapat tempat di universiti2.
Jwpn.. buat masa sekarang kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan, Cuma kerajaan akn memperbykkan Sek berasrama penuh, MRSM. Supaya peluang bumiputera untuk lebih cemerlang dan dapat bersaing untuk kemasukan ke universiti.
-Tidak bersetuju dengan usul kerajaan untuk membuka kos perubatan di Mesir ini kepada non muslim. (diberitakan sudah ada nama yg naik utk sesi pengambilan yg terbaru ini). Dan x setuju utk meramaikan pljr perubatan di sini.
Jwpn…akan dikaji semula.
-menanya peranan Malaysia selaku pengerusi OIC untuk membantu Palestin.
Jwpn…Malaysia x mampu nk menanggung sebuah Negara lain. Utk menanggung Palestin perlukan lebih kurang 600 juta setahun.Namun Beliau berkata, negara kita akan berusaha mencari inisiatif untuk membantu negara Palestin...baru-baru ini PM juga menggalakkan negara OIC lain untuk turut membantu palestin...hanya menggalakkan sahaja. Diberitakan bantuan Malaysia akan disalurkan ke Fatah bukannya Hamas sedangkan Hamas yang mendapat mandat untuk mentadbir negara Palestin

-menimbulkan masalah akhlak yang kian meruncing di kalangan mahasiswa/wi, penanya mengambil contoh pesta seks yg dianjurkan oleh mahasiswa/wi.
Jwpnnya- mungkin betul atau tidak, kadangkala media massa menggembar gemburkan sahaja..sedangkan kebenarannya belum dapat dipastikan lagi. Tapi beliau jugak tidak menafikan akan perkara tersebut.
-byk lagi..Cuma yang lain ana rasakan kurang penting seperti meramaikan staf kedutaan dan seumpamanya
Kesimpulan
Sudah menjadi kewajipan sesebuah kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyatnya serta memastikan pembangunan berjalan lancar. Namun kewajipan menjaga rakyat dari segi agama, rohani dan saksiah serta memastikan rakyatnya beriman dan bertakwa jangan diabaikan dan perlu dipandang penting.
Wasalam..

No comments: