Wednesday, November 22, 2017

Galakan Menderma

Moh  Menderma  Weh

Dalil :
“Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan (sedekah) sebahagian dari harta yang telah dikurniakan Allah kepada mereka?”
 (An-Nisa:39).

Dari Abu Hurairah : Rasulullah SAW bersabda :  “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah , melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah .”
(Riwayat Muslim dan Tirmizi)


Duit kita, kenapa nak bagi  dekat orang lain pula?

Sebabnya kerana :

1. Ciri orang beriman dan bertaqwa.
Allah berfirman:
“Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya [tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya]; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang [hendak] bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan [mengerjakan] sembahyang serta membelanjakan [mendermakan] sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.
[Surah Al-Baqarah ayat ke-2 dan 3]

2. Cita-cita orang yang  sudah mati, Ingin kembali ke dunia semata-mata hendak bersedekah.
Allah berfirman:
“Dan belanjakanlah [dermakanlah] sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, [kalau tidak] maka dia [pada saat itu] akan merayu dengan katanya: 
Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.
[Surah Al-Munafiquun: ayat ke-10]

Maka sebelum bertemu ajal, bersegeralah kita bersedekah.

3. Sedekah dapat menyucikan hati.
Allah berfirman :
“Ambillah [sebahagian] dari harta mereka menjadi sedekah [zakat], supaya dengannya engkau membersihkan mereka [dari dosa] dan mensucikan mereka [dari akhlak yang buruk] dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan [ingatlah] Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
[Surah At-Taubah: ayat ke-103]

4. Mendapat payungan Allah semasa di akhirat.
Tujuh kelompok manusia yang mendapat lindungan dan teduhan dari tuhan. Salah satunya mereka yang bersedekah dengan tangan kanan, tangan kirinya tidak mengetahui.
(Sahih Bukhari, Hadis no 620)

5. Sedekah dapat  menghindarkan diri dari bala dan bencana.
Allah berfirman:
“Apakah kemudaratannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka? Dan adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mereka”.
[Surah An-Nisa: ayat ke-39]

6. Penyebab harta semakin membiak.
Allah berfirman :
“Katakanlah [wahai Muhammad]: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.
[Surah As-Saba: ayat ke-39]

7. Mendapat kasih sayang Allah SWT.
            
Sabda Rasulullah saw :
“Sedekah yang diberikan secara diam-diam dapat memadamkan kemarahan  Allah, penghubung silaturahim, panjang umur dan perbuatan baik dapat menjaga dari kematian yang buruk ”. (Riwayat Al-Baihaqi)

8. Penyembuh Penyakit.

Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Ibnu Mubarak dan mengadu bahawa sudah 7 tahun dia menderita mengalami kesakitan di lututnya. Sesungguhnya dia telah mencuba pelbagai rawatan dan ubatan namun tiada satu pun yang berjaya dan berhasil.
Maka Ibnu Mubarak berkata padanya, “Pergilah kamu mencari kawasan yang manusia perlukan air, aku berharap penyakit mu akan beransur pulih.” Maka lelaki tersebut mengikut akan nasihat itu dan dia sembuh!

9. Mendapat Perhatian Daripada Malaikat
Setiap pagi, akan datang dua malaikat yang mendoakan kita semua. Sabda Nabi:
“Doa Malaikat setiap pagi ialah: Ya Allah, Engkau berikanlah kepada penyumbang itu gantian, dan Engkau berikanlah kepada orang yang kedekut itu kemusnahan.”
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

10. Ketenteraman Hati
Allah berfirman :
“Syaitan itu menjanjikan [menakut-nakutkan] kamu dengan kemiskinan dan kepapaan [jika kamu bersedekah atau menderma] dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji [bersifat bakhil kedekut]; sedang Allah menjanjikan kamu [dengan] keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan [ingatlah], Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
[Surah Al-Baqarah: ayat ke-268]

Kisah orang yang hebat bersedekah :

Saidina Uthman bin Affan adalah seorang dermawan yang sentiasa  memberi sedekah. Sekarang beliau masih memiliki akaun di salah sebuah bank di Arab Saudi. Malah akaun dan bil elektriknya juga masih atas nama beliau. Hasil dari akaun beliau sebahagiannya akan disedekahkan kepada anak yatim dan fakir miskin.
Sehingga kini  sedekah Saidina Uthman bin Affan RA terus bercambah dan berkembang  tanpa hentinya.

Isu berkenaan Sedekah :

Terlalu ramai pihak yang meminta sumbangan derma atas tiket membina maahad tahfiz, rumah anak yatim, membina masjid dan surau (berkaitan hal-hal Islam).
Ada di kalangan mereka yang terbukti menipu dan  hanya mengambil kesempatan.
Ibaratnya kerana nila setitik rosak periuk sebelanga.
Selaku penderma, kita perlu berhati-hati. 
Risik dahulu iklan-iklan yang viral di media sosial sebelum menderma.

Minta derma kena ada kebenaran ?

Di Negeri Pahang, semua pemungut derma mesti memohon kebenaran mengutip derma dengan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
MUIP akan mengeluarkan surat kebenaran dan tertakluk di bawah Seksyen 86, Bahagian V, ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991.


#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil


Cuti sekolah sudah makin hampir 😱

Agak-agak apa perancangan semasa cuti sekolah nanti. 

TAK NAK BUANG MASA BEGITU SAJA❓

Ayuh sertai Program Cuti Sekolah bersama Permai 🏃🏃

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

KELAS MENGAJI AL-QURAN PERMAI..

 ðŸ”® Selama 3 minggu mulai :
  5 Dec 2017 - 19 Dec 2017

🏡Lokasi : PERMATANG BADAK PERDANA

Terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah 

Program ini menawarkan Kelas  3 in 1 :
✅ Celik Al quran
✅ Mahir Tajwid
✅ Smart Hafazan

Hanya RM100 sahaja

Huuu, nampak menarik bukan?

Apa tunggu lagi, ayuh daftar segera dengan menghubungi 🏃🏃🏃

👉 Ustazah Fatiemah : 0199222685

👉 Ustazah Syafiqah :
0145112978 






Sunday, November 19, 2017

Kereta Lama

Masih ada yang obses pada barang lama. Otai masih berbisa.




Cuti sekolah sudah makin hampir 😱

Agak-agak apa perancangan semasa cuti sekolah nanti. 

TAK NAK BUANG MASA BEGITU SAJA❓

Ayuh sertai Program Cuti Sekolah bersama Permai 🏃🏃

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

KELAS MENGAJI AL-QURAN PERMAI..

 ðŸ”® Selama 3 minggu mulai :
  5 Dec 2017 - 19 Dec 2017

🏡Lokasi : PERMATANG BADAK PERDANA

Terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah 

Program ini menawarkan Kelas  3 in 1 :
✅ Celik Al quran
✅ Mahir Tajwid
✅ Smart Hafazan

Hanya RM100 sahaja

Huuu, nampak menarik bukan?

Apa tunggu lagi, ayuh daftar segera dengan menghubungi 🏃🏃🏃

👉 Ustazah Fatiemah : 0199222685

👉 Ustazah Syafiqah :
0145112978 

Thursday, November 16, 2017

Bersama Syeikh Muhammad Abdul Nabi

Bergambar kenangan bersama Syeikh Muhammad Abdul Nabi seusai program. Syeikh menasihati dan memberi taujihat supaya sentiasa bersama Al-Quran. Syeikh juga menjawab soalan yang dikemukakan oleh hadirin. Syeikh turut memberi Syahadah 'ammah Sanad surah al-Fatihah. 
Insya-Allah ada rezeki kita bersua lagi. 

#PermaiMengaji #PermaiMenulis #Shoubra#Dpmmaqaz #dpmmaqazshoubra #mtis #kompas#qiraat #alquran



Alumni Shoubra bersama Syeikh Muhammad Abdul Nabi di Maahad tahfiz Al-Istiqamah, Temerloh. Syeikh sangat rapat dengan pelajar Malaysia. Semoga urusan Syeikh dipermudahkan.

Kambing biri-biri di Lipis

Pagi tadi, secara rasmi enam ekor kambing biri-biri berpindah ke tempat kami. Saiz kanak-kanak  sahaja dah menyamai kambing kampung dewasa. 
Semoga depa dapat berkawan dan menyesuaikan diri di sini.
Mungkin ini adalah hobi baru saya secara tidak sengaja.


Dari kandang asal di kampung Binjai. 

Sedih meninggalkan rumah lama 

Selamat posting  ke tempat baru.


Semoga Kambing kampung boleh la bergaul molek dengan bebiri. 

Antara yang boleh saya lisankan perihal kambing biri-biri ini, bagi kambing betina terdapat tanda seperti bebola di leher. Ekor depa lebih panjang berbanding kambing kampung. Bulu bebiri akan luruh sendiri bila semakin dewasa.
Ada juga pandangan yang mengatakan dagingnya lebih sedap dari kambing kampung. Haha.

Moh Lamb Chop.


Cuti sekolah sudah makin hampir 😱

Agak-agak apa perancangan semasa cuti sekolah nanti. 

TAK NAK BUANG MASA BEGITU SAJA❓

Ayuh sertai Program Cuti Sekolah bersama Permai 🏃🏃

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

KELAS MENGAJI AL-QURAN PERMAI..

 ðŸ”® Selama 3 minggu mulai :
  5 Dec 2017 - 19 Dec 2017

🏡Lokasi : PERMATANG BADAK PERDANA

Terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah 

Program ini menawarkan Kelas  3 in 1 :
✅ Celik Al quran
✅ Mahir Tajwid
✅ Smart Hafazan

Hanya RM100 sahaja

Huuu, nampak menarik bukan?

Apa tunggu lagi, ayuh daftar segera dengan menghubungi 🏃🏃🏃

👉 Ustazah Fatiemah : 0199222685

👉 Ustazah Syafiqah :
0145112978

#PermaiMenulis
#haiwan
#kambing